Influencer media sosial, Dd Chronicle atau sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra’e tampil meminta maaf di atas konten kotroversinya.
Dd Chronicle akui dia tidak menyemak fakta dengan sebaiknya sebelum memuat naik video parodi tersebut.
Baca Juga:
- Dd Chronicles Buat Laporan Polis, Tegaskan Beliau Bukan Pendatang Tanpa Izin
- Kedai Kopi Di Shah Alam Kena Boikot Selepas Influencer Pro Pembangkang Mengaku Pemilik Baharu
- Ditangkap Dan Ditembak, Remaja Ini Terpaksa Bayar Denda Untuk Bebas Daripada Tahanan Israel
Baru baru ini Dd Chronicle memuat naik video tentang konten berkaitan dengan udang undang di Malaysia pada hari ini.
Dd tidak menyindir kerajaan sedia ada yang menurutnya tidak menegakkan undang udang syariah secara lebih tegas di negara ini.
Ini termasuk menggambarkan bahawa tindakan berjudi dan meminum arak di kalangan orang beragama Islam, kini tidak salah di sisi undang undang, dan tidak akan dihukum.
Video tersebut menerima kritikan. Kerana ada yang menuduh Dd Chronicle berniat menghasut dan tidak menyemak fakta dengan lebih baik.
Ini kerana di setiap negeri, undang undang syariah masih lagi melarang orang Islam daripada berjudi atau minum arak seperti yang dia troll di dalam parodinya itu. Dan dua perkara itu tidak dibangkitkan dalam Kes Nik Elin baru baru ini.
Ada yang menganggap Dd Chronicle benar benar hati kering berani troll mahkamah. Sedangkan orang yang berpangkat peguam pun tak berani nak buat.
Beraninya DD Chronicle ni. Lawyer pun tak berani troll mahkamah. Sebab ia jenayah contempt of court. Goodluck ye pic.twitter.com/N9MJaDjiZA
— MaSID Mount ฏ๎๎๎๎๎๎๎ (@sidchan) February 14, 2024
Kemudian netizen yang lain berkongsi bahawa video itu telah membuatkan kekeliruan di kalangan keluarga mereka apabila dikongsi di kumpulan WhatsApp keluarga.
Ketua Pemuda Amanah, Hasbie Muda, menyatakan mereka akan membuat laporan polis secara serentak Jumaat ini pada pukul 3 petang.
Tindakan pempengaruh yang memperlekeh hukuman mahkamah syariah sebenarnya masih terpakai dalam enakmen jenayah syariah di negeri-negeri termasuk Kelantan.
— Hasbie Muda 🇲🇾 🇵🇸 (@hasbiemuda_) February 13, 2024
seksyen negenai kesalahan minum arak dan kesalahan berjudi tidak termasuk dalam 16 perkara yang dibatalkan dan ia masih berkuatkuasa sebagai satu kesalahan jenayah syariah di Kelantan.
— Hasbie Muda 🇲🇾 🇵🇸 (@hasbiemuda_) February 13, 2024
Dd Chronicle menafikan bahawa video parodi itu merujuk kepada kes baru baru ini. Dan dia mendapat tahu ada pihak menjadikan video parodi itu dengan mengaitkannya dengan kes semasa.
Atas kesedaran itu, dia segera memadamkan video tersebut. Sambil menyatakan parodi itu dibuat semata mata sebagai gambaran, jika suatu hari nanti hukuman syariah di negara ini sudah tidak lagi diperkasakan.
Dipetik dari Sinar Harian, Dd Chronicles berkata: “Sebenarnya saya tiada masalah dengan isu baru-baru ini, cuma risaukan masalah yang akan datang apabila undang-undang agama kita terkulai begitu sahaja, maka terhasillah video itu.
“Saya tiada niat menghasut mana-mana pihak untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan peraturan sebaliknya mahu menunjukkan situasi jika undang-undang syariah tidak diperkasakan.”
Dd Chronicle menegaskan bahawa dia terbuka menerima kritikan dan akan berdepan dengan tindakan daripada pihak yang tidak berpuas hati dengannya.
Sambil berharap bahawa laporan polis itu dibuat atas dasar mempertahankan agama bukannya atas motif perbezaan pandangan politik.
Dd Chronicle menambah: “Untuk Pemuda Amanah, anda memang ‘steady’ kerana cakna dengan isu agama dan undang-undang. Sama dengan saya, tetapi cara kita berbeza.
“Cuma kali ini ada kesilapan daripada pihak saya. Sebenarnya elok juga buat begini sebab saya pun manusia bukan selalu betul dan kena ada yang mengingatkan,” tambah Dd Chronicle lagi yang memohon maaf secara terbuka.
JANGAN MAAFKAN!
Tahu kau takut ye boyan.. suruh orang rileks chill.. memang bangsat kau ni buat video membodohkan orang.Tunggu dan lihat apa tindakan selanjutnya…yg support dia ni teruskan perjuangan blh la nt sama2 share msuk dlm penjara😂😂 pic.twitter.com/OAdL8b4Xi7
— CIKY🅰️NIE (@lady_bugg11) February 14, 2024