Jentera motosikal secara khususnya model Yamaha RXZ menjadi kegilaan para pecinta kelajuan sehingga ada yang mengganggap ia sebagai satu harta yang paling berharga di Malaysia ini.
Sampai ke tahap, sebahagian individu sanggup menjaga ia seperti menatang minyak yang penuh di mana meletakkan ia di dalam rumah sambil dilitupi selimut atau plastik pelindung.
Bagaimanapun, sebuah rakaman klip video yang dirakam oleh individu ini meraih perhatian netizen apabila melihat jentera kesayangan ramai itu digunakan sebagai kedai bergerak oleh seorang pak cik.
RXZ dijadikan tempat jualan ais krim
Melalui video itu, kelihatan motosikal RXZ berwarna merah itu telah dijadikan sebagai tempat jualan askrim yang mana ditambahkan tempat letak bekas aiskrim dan kotak kon aiskrim di bahagian belakang.
Sementara menunggu pak cik itu menyiapkan pesanan ais krim, pelanggan itu meluahkan rasa kagum melihat jentera itu digunakan seperti yang selayaknya di jalan raya dan bukannya disimpan buat tukun di rumah pula.
@damboisruth Memang otai laa pakcik #rxzmalaysia #rxzmember
Video berkenaan berjaya meraih jumlah tontonan lebih 900,000 serta menerima tanda suka sebanyak 96.4K dalam masa sama menerima sejumlah komentar dari netizen.
Rata-ratanya netizen meluahkan rasa teruja apabila melihat jentera itu digunakan oleh pak cik tersebut untuk membuat jualan ais krim walhal menjadi igauan ramai di dalam dunia permotoran.
Dalam pada itu, netizen juga mengatakan inilah yang patut dilakukan oleh pemilik motor tersebut yang mana menjadikan motor sebagai hamba dan bukan pula menjadi hamba motor kerana dulu ada yang sanggup mengangkatnya semata-mata tidak mahu naik milage.


Selain itu, ada yang berseloroh berniat mahu masuk meminang motor tersebut dan malah ada yang sanggup memberi motor baharu kerana mahu memiliki motor idaman itu.