Pada hujung minggu baru-baru ini acara Perhimpunan RXZ Member 5.0 telah menjadi salah satu topik bualan hangat netizen.

Oleh kerana banyak sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak berkuasa, ada sebahagian peserta yang terkandas di Terengganu tidak boleh keluar dari negeri itu.

Baca Juga:

Sehubungan dengan itu, ada warga Terengganu yang prihatin dengan menawarkan perserta terkandas untuk menumpang duduk bermalam di rumah, surau, homestay dan makanan untuk mengisi perut — semuanya secara percuma.

Bagi mereka, peserta RXZ dianggap sebagai ‘tetamu’ yang datang ke negeri mereka dan wajar diberikan layanan yang baik.

Keprihatin warga Terengganu itu telah mendapat pujian daripada netizen yang lain.

Ramai yang terharu melihat kesanggupan warga Terengganu dalam memberikan bantuan kepada individu yang mereka sendiri tidak kenali.

Sumber Gambar: FB Farah Aziera
Sumber Gambar: FB Farah Aziera
Sumber Gambar: FB Farah Aziera
Sumber Gambar: FB Farah Aziera

Setakat artikel ini ditulis, hantaran Facebook itu telah mendapat lebih 3,000 kali perkongsian pengguna media sosial yang menghebahkan kepada orang ramai supaya sampai kepada peserta RXZ yang terkandas.

Sementara itu, dalam satu kenyataan rasmi penganjur, acara RXZ Members 5.0 telah menarik puluhan ribu peserta yang datang dari seluruh negeri, malah ada yang datang dari Indonesia, Thailand dan Singapura.

Pada masa yang sama penganjur turut meminta maaf atas beberapa masalah dan insiden yang tidak diingini terjadi sehingga menjejaskan peserta sepanjang acara tersebut berlangsung.