Pak Mat Western nafi tidak membayar gaji staf dan bekas stafnya. Ianya respon kepada beberapa hantaran media sosial di TikTok dibuat ke atas kedai popular itu.

Beberapa individu menyindir Pak Mat Western sebagai indah khabar dari rupa. Dan  hanya anak emas sahaja yang menerima gaji mengikut jadual.

pak mat

Akibat daripada tuduhan liar itu, ramai netizen lain telah mulai menyerang Pak Mat Western dan imej syarikat tersebut calar.

Pak Mat Western nafi culas bayar gaji staf

Bertindak balas atas perkara itu, Pak Mat Western telah membuat semakan, ke atas staf yang mendakwa mereka tidak mendapat gaji.

Ada yang menyindir Pak Mat Western sebagai hipokrit. Suka menganjurkan aktiviti amal dan keagamaan namun gaji staf sendiri culas bayar.

pak mat western nafi

Pak Mat Western nafi tidak bayar gaji staf seperti yang didakwa. Dan mendedahkan bahawa individu tersebut sudah mendapat gaji mereka seperti biasa.

Kecuali ada 4 pekerja di bahagian jualan yang diberhentikan tanpa notis.

Pak Mat Western berkata: “Malam ini, kami baru sahaja selesai membuat laporan tentang isu yang tular di sosial media berkaitan isu fitnah terhadap pak mat western..

“Kami menegaskan bahawa ini adalah tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat.”

Pak Mat Western menyatakan mereka sudah cuba menghubungi pemilik akaun media sosial tersebut namun tiada respon balas mereka terima.

polis report

Dan Pak Mat Western nekad untuk mengambil tindakan perundangan sebagai langkah mempertahankan imej dan reputasinya.

“Untuk makluman, kami cuba hubungi individu pemilik akaun tersebut namun tiada maklum balas yang diberikan.

“Namun begitu, segala bukti yang ada telah kita serahkan kepada pihak berkuasa dan juga pihak peguam. Tindakan undang-undang bakal dilakukan.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan yang diberi dan pohon doa agar semua urusan ini dipermudahkan.”