Sebelum ini, dalam sebuah iklan pendek jenama daging perap terkenal, Pak Mat Western, Lisa dan Beto telah digandingkan bersama membawa ‘vibes’ seakan-akan ‘remake’ filem Istanbul Aku Datang.
Terbaharu, Aaron Aziz dan Maya Karin pula muncul dalam iklan pendek Pak Mat Western yang membawa kembali watak dalam filem Ombak Rindu yang pernah mereka lakonkan.
Baca Juga:
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
@pakmatwestern Ramai ternanti versi Ombak Rindu kan 🥲 #fyp #viral #ombakrindu
Menerusi iklan tersebut, Aaron Aziz yang membawa watak Hariz telah berjumpa dengan Maya Karin yang membawa watak Izzah mengatakan bahawa Izzah adalah isterinya serta berlakulah ‘drama’.
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengimbau nostalgia serta mengatakan filem Ombak Rindu adalah antara filem kegemaran mereka dahulu.
Bukan itu sahaja, ada juga yang menyifatkan ia adalah ‘versi tua’ selepas beberapa tahun tayangan dan rindu melihat gandingan mereka berdua.