Warganet mempersoalkan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan ke atas influencer yang menunda kereta yang boleh mendatangkan bahaya terhadap pengguna jalan raya lain.
Menerusi video yang dimuat naik influencer tersebut, dia dan rakan-rakan lain menaiki Proton Waja yang diubahsuai menjadi kolam dan ditunda oleh sebuah BMW di hadapannya.
Baca Juga:
- Hentikan Program Hero Teladan, Isa Isarb Rugi Setengah Juta Ringgit
- Didakwa ‘Kantoi’ Sewa Banglo Bukan Beli, Ini Penjelasan Isa Isarb
- Dilabel Pemfitnah, Ini Alasan Pelabur Hartanah Berpendapat Isa Isarb Hanya Sewa Rumah
Kemudian datang sebuah kereta peronda mengarahkan mereka untuk memberhentikan kenderaan ke tepi jalan.
Watch on TikTok
Apabila semua penumpang turun daripada kereta Waja modified itu, pihak berkuasa menyatakan tindakan kumpulan influencer itu berbahaya.
Pihak berkuasa juga meminta mereka untuk menggunakan perkhidmatan towing untuk menghantar kereta tersebut ke lokasi yang dituju.
“Duduk belakang macam ini, jangan sampai accident sudahlah,” kata salah seorang anggota peronda itu.
Pada akhir video berkenaan, kereta peronda meninggalkan BMW dan Waja modified di tempat kejadian.
Ramai yang berasa kecewa melihat anggota penguatkuasa itu yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap influencer terbabit.
Ini kerana tali yang mengikat antara BMW dan Waja itu berpotensi menyebabkan kenderaan lain melanggarnya, lalu berlaku kemalangan. Lebih-lebih lagi penunggang motosikal.
Netizen menegaskan sekiranya rakyat marhean berbuat sedemikian, pasti kenderaan disita dan dikenakan denda — oleh kerana individu yang berbuat sedemikian terkenal, dia dilepaskan begitu sahaja.
Difahamkan influencer tersebut mahu membawa Waja modified itu ke Terengganu dari Klang. Separuh jalan ditunda, sementara separuh jalan lagi menggunakan towing.