Song Ji Hyo merupakan pelakon dari Korea Selatan yang memiliki peminat di seluruh dunia dan ramai juga peminatnya di Malaysia. Baru-baru ini, Song Ji Hyo selaku duta jenama Glutanex telah menghadiri acara Watson K-Beauty Festa di Sentul Depot, Kuala Lumpur.
Susulan kedatangannya ke Malaysia, Song Ji Hyo telah memuat naik gambarnya di Instagram miliknya memaparkan outfitnya di Pavilion Kuala Lumpur dan juga bergambar dengan papan iklan yang memaparkan acaranya itu.
Baca Juga:
- ‘Ibu Kota Malaysia Adalah Manila’- Jawapan Penuh Yakin Song Ji Hyo Ini Undang Tawa Netizen
- ‘Dua Bekas Atlet Olimpik Bersama’ – Lee Chong Wei Kongsi Keterujaan Bertemu Jackson Wang
- ‘Mamak Ke Yang Ajar?’ – Peminat Terhibur Dan Cair Dengan ‘Pickupline’ Kumpulan K-Pop Ini
Song Ji Hyo dilihat memakai pakaian yang trendy tetapi hanya memakai selipar jamban ketika berkunjung ke pusat membeli-belah Pavilion. Gambar tersebut telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali peminatnya.
Rata-rata netizen memuji penampilannya yang nampak bersahaja dan tidak sangka bahawa dia hanya pakai selipar jamban untuk berjalan-jalan di Pavilion sedangkan segelintir ramai orang lebih suka memakai kasut untuk ke tempat-tempat seperti itu.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen secara berseloroh mengatakan pasti harga selipar jamban akan melonjak naik selepas ini dan mengatakan mungkin selipar dipakai oleh Ji Hyo itu diambil di masjid.