Resesi ekonomi bukan benda baru tetapi sebenarnya buka peluang untuk kumpul aset.
Salah satu yang paling teruk pernah berlaku ialah pada 1920-an – The Great Depression – yang runtuhkan banyak negara, termasuk Amerika Syarikat.
Selepas itu, negara Uncle Sam ni dah kena banyak kali, termasuk Resesi Hebat antara 2007 ke 2009.
Sekarang ini, pakar kewangan terkenal dan penulis buku Rich Dad Poor Dad, Robert Kiyosaki, ramalkan benda yang sama mungkin akan jadi lagi.
Tapi tenang dulu – sebab bagi Kiyosaki, resesi ini bukan semestinya berita buruk. Malah, boleh jadi peluang besar untuk kukuhkan kewangan.
Ini 3 cadangan beliau untuk kumpul aset kalau benar terjadi ketidaktentuan ekonomi.
1. Tukar Mindset: Resesi Bukan Musibah, Tapi Peluang
Kiyosaki pesan, kalau mindset kita positif dan bersedia, kita boleh jadi lebih kuat waktu krisis.
Katanya, “Berapa lama Depresi Hebat Baru tu berlaku, bergantung pada anda, kerja anda, dan siapa yang anda rapat.” Dalam erti kata lain – jangan tunggu ekonomi pulih, anda kena ready dari sekarang.
2. Emas Dan Perak
Aset emas dah lama dianggap sebagai tempat selamat bila ekonomi bergolak. Bloomberg pun setuju – emas selalunya baik masa resesi.
Kiyosaki cakap emas ini adalah “wang sebenar.”
Tak hairanlah dia sarankan simpan sebahagian duit dalam bentuk logam kuning ni.
Tetapi jika tidak mampu beli emas banyak? Perak boleh jadi alternatif menarik.
Kiyosaki kata perak sebenarnya lebih berpotensi untuk jangka panjang – sebab permintaan tinggi tapi bekalan makin kurang.
3. Bitcoin
Walaupun harga Bitcoin boleh naik turun, Kiyosaki tetap yakin.
Dia pernah ramal harganya boleh cecah $350,000 satu hari nanti.
“Orang yang ada emas, perak, dan Bitcoin akan jadi lebih kaya,” katanya di media sosial X.
Ekonomi global sekarang tak stabil – dari perang dagang, inflasi tinggi, sampai masalah geopolitik.
Kiyosaki ajar kita supaya bukan sahaja simpan duit, tapi simpan aset sebenar yang ada nilai – emas, perak, dan Bitcoin.
Dengan mindset yang betul dan pelaburan yang bijak, resesi boleh jadi peluang terbaik untuk bina semula kewangan kita.