Pemain berdarah kacukan negara, Kobe Chong ketika ini berada di Malaysia dimana beliau berkemungkinan besar bakal beraksi dalam saingan Liga Super.

Kobe buat pertama kali datang ke Malaysia dimana beliau menyatakan sebab lawatan kali ini untuk melawat saudara-mara dan rakan saya yang berada di sini selain turut melakukan rundingan dengan beberapa kelab Liga Super.

Baca Juga:

Timbul pula persoalan mengenai kualiti yang dimiliki oleh pemain itu memandangkan beliau banyak beraksi di liga bawahan England dan sering berpindah selepas beraksi dengan satu pasukan dalam tempoh singkat.

Pakar Analisis Puji Kualiti Dimiliki Kobe Chong
Screenshot

Salah seorang pakar analisis dari UK iaitu Tom Williams kemudiannya menyatakan beberapa sebab mengapa Kobe mampu untuk menyinar sekiranya beraksi dengan mana-mana kelab Liga Super ataupun pasukan kebangsaan.

“Ya saya pernah menemu bual Kobe sebelum ini. Dia seorang pemain yang sangat bersemangat. Dia menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di akademi pro, tetapi baru-baru ini berpindah ke saingan liga bawahan.

“Ini masih tahap yang sangat tinggi. Sebagai contoh, Tahap 1 adalah 95% profesional. Oldham Athletic berada dalam liga itu, dan mereka pernah menjadi kelab Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

“Kobe telah bermain di Tahap 2 dan 3, yang mana kebanyakan adalah pasukan besar, tetapi sekali lagi, tahapnya sangat kuat. Kobe adalah pemain yang sangat kreatif. Beberapa situasi hantaran terus yang dimainkannya adalah luar biasa. Dia mempunyai visi yang baik, dan suka mencipta peluang untuk rakan sepasukannya

“Dia juga sangat baik dalam situasi 1 lawan 1 dan boleh mencipta jaringan. Saya fikir dia akan menjadi satu kejayaan besar di Malaysia,” katanya menerusi laman X.

Setakat ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyatakan mereka belum menerima sebarang jemputan untuk mengadakan perbincangan dengan Kobe Chong.