Pakar Bank Dunia, Apurva Sanghi, telah mengenal pasti tiga pencapaian ekonomi Malaysia yang dianggap sebagai “kemenangan yang tak didendang.” Beliau berpendapat bahawa pencapaian ini patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Ketua Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Apurva Sanghi, beliau menegaskan bahawa pencapaian Malaysia dalam pembangunan ekonomi adalah luar biasa. Beliau menyorot tiga kejayaan utama yang disifatkan sebagai ‘kemenangan tak didendang’:-

1. Pengurangan Kemiskinan Secara Drastik

Pakar Bank Dunia Dedah 3 Kejayaan Ekonomi Malaysia Yang Tidak Didendang
Sumber Gambar: X

Malaysia berjaya mengurangkan kadar kemiskinan yang tinggi secara signifikan sejak kemerdekaan, di mana hampir separuh penduduk dianggap miskin pada satu ketika. Ini dicapai tanpa mewujudkan kawasan setinggan kekal, satu faktor penting yang sering diabaikan.

2. Ekonomi yang Pelbagai dan Kompleks

Berbeza dengan negara-negara lain yang bergantung pada komoditi, Malaysia berjaya mempelbagaikan ekonominya. Kepelbagaian ini bukan sahaja meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita—yang kini jauh lebih tinggi berbanding Filipina dan Zambia—tetapi juga secara langsung telah meningkatkan taraf hidup rakyat.

3. Pemimpin dalam Industri Halal Global

Malaysia telah senyap-senyap muncul sebagai pemain utama dalam ekonomi halal global. Pensijilan dan piawaian halal Malaysia kini menjadi penanda aras yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, menunjukkan pengaruh negara dalam industri penting ini.

Secara ringkas, Apurva Sanghi berpendapat kejayaan-kejayaan ini membuktikan daya tahan dan strategi pembangunan ekonomi Malaysia yang patut dibanggakan oleh rakyatnya.

Dalam pada itu, Beliau berkata Singapura tidak pernah menangani isu kemiskinan pada skala sedemikian. “Rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan pencapaian ini,” katanya.