Manusia dilaporkan telah mengotori planet Marikh dengan sampah walaupun tiada siapa yang pernah menjejakkan kaki ke planet ini.

Menurut beberapa pakar, pelbagai serpihan angkasa yang terkumpul di Marikh termasuk kepingan gear pendaratan, pelindung haba, payung terjun, bilah pemutar, mata gerudi dan jaring fabrik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terdapat juga kapal angkasa British, Beagle 2, yang mendarat di Marikh pada Disember 2003 tetapi kemudiannya dilaporkan hilang dari planet itu.

Menurut WioNews, peta baharu yang dikeluarkan saintis itu turut mendedahkan lokasi serpihan kapal angkasa yang mendarat di Marikh 53 tahun lalu.

Lokasi helikopter Ingenuity Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang menamatkan misinya minggu ini akibat kerosakan pada kipas turut didedahkan.

Seorang profesor kejuruteraan aeroangkasa di West Virginia University berkata terdapat dianggarkan 7,118 kilogram sampah angkasa lepas di Marikh.

Seorang penyelidik serpihan kapal angkasa di Universiti Warwick, Dr. James Blake mengatakan bahawa misi masa depan untuk meneroka Marikh perlu ‘direka dengan mengambil kira faktor alam sekitar’.

Ini termasuk reka bentuk kapal angkasa yang tidak membuang komponen apabila mendarat di Marikh dan boleh kembali ke Bumi selepas misinya tamat.

Sumber