Kebenaran bayi adalah penting untuk ibu bapa menukar lampin mereka, tegas seorang pakar berasal dari Australia.
Wanita bernama Deanne Carson yang juga pejuang pelangi, mendakwa dirinya sebagai pakar gender itu mahu ibu bapa tidak sewenang wenang tukar lampin bayi mereka tanpa kebenaran daripada bayi tersebut.
Carson percaya bahawa, ibu bapa harus mencari ikthiar untuk berkomunikasi dengan bayi mereka yang masih tidak pandai bercakap.
“Dah tentu, bayi kamu tak akan kata ‘baiklah ibu, itu bagus sekali. Saya gembira kalau ibu tukar lampin saya,’ bukan begitu.
“Tetapi jika kamu memberikan sedikit ruang dan menunggu bahasa tubuh bayi tersebut dan menunggu bayi itu membuat kontak mata, maka kamu telah mahu bayi itu tahu bahawa, tindak balas daripada mereka sangat penting.”
Minta kebenaran bayi dahulu
Deanne Carson menegaskan bahawa ibu bapa tidak berhak membuka lampin anak mereka tanpa persetujuan bayi tersebut. Kerana iannya melibatkan maruah bayi tersebut yang akan dibuka pakaiannya menurutnya.
Ask permission before changing a baby’s diaper. pic.twitter.com/FSdVWH2izX
— Dr. Jebra Faushay (@JebraFaushay) August 30, 2023
Netizen tak puas hati
Selepas wawancara tersebut, Carson mendapat kecaman daripada pelbagai pihak. Mereka persoalkan cadangan agar ibu bapa mendapatkan dahulu kebenaran bayi sebelum menukar lampin.
Walaupun wawancara itu sudah lama, namun pengguna di X kembali membincangkan idea semakin merapu golongan woke ini.
Ada yang menyindir: “Kenapa tak biarkan sahaja bayi tu tukar sendiri lampinnya.”
Why not just have the baby change himself?
— gmasmp (@SusanPagad65763) March 3, 2025
Yang lain menulis: “Sama ada dia tak pernah tahu betapa sukarnya nak menukar lampin bayi, dia cadangkan kita kena tunggu dan minta kebenaran bayi kita pula untuk menukar lampin yang dah penuh najis,” tulis seorang wanita.
Seorang lagi menulis: “Setiap kanak kanak dan bayi itu memang sudah di bawah tanggungjawab ibu bapa mereka untuk menguruskan mereka termasuk kebersihan. Terutama sekali bayi kecil.”
Netizen ketiga berkata: “Saya tak pernah menjadi sebingung ini dalam hidup saya. Mengajar anak kita tentang ‘consent’ itu penting namun untuk menukar lampin bayi? Ayuhlah.”
“Macamana kalau bayi tu tak nak ditukar lampin? Kita kena biarkan saja?,” soal yang lain.
Respon Carson
Carson bengang dengan kecaman diterimanya. Kerana menurutnya, mereka yang membantah cadangannya itu adalah mereka yang menyokong penderaan.
Carson kemudian bertindak balas dengan berkata: “Sedih melihat ramai yang mempersendakan idea saya. Oh lihat dia rambut merah jambu mesti dia le***an dan nak mengajar kami pasal menukar lampin bayi.
“Tindakan terbaik seorang cikgu, ibu bapa kepada kanak kanak adalah untuk mengekang budaya penderaan.”
Carson masih bertegas bahawa kebenaran bayi juga harus diperjuangkan kerana mereka juga manusia biasa sama seperti orang dewasan.