Premier League akan mengambil tindakan ke atas dua orang kapten kelab EPL yang dianggap tidak mengikut garis panduan kempen pelangi.

Sam Morsy, kapten Ipswich Town sebelum ini menolak memakai lilitan dengan simbol pelangi kerana tidak selari dengan ajaran agamanya iaitu agama Islam. Sam Morsy dianggap telah membawa sentimen agama dalam kempen yang dianggap ‘kemanusiaan’ oleh EPL.

Dalam kenyataan rasmi kelab itu semalam, Ipswich Town menafikan mereka tidak menyokong kempen pelangi ini. Namun pada masa yang sama menghormati pendirian kapten mereka.

Seorang lagi kapten iaitu kapten Crystal Palace, Mark Guehi juga berdepan dengan tindakan. Pemain pertahanan berbakat besar itu dianggap turut melibatkan sentimen agama.

Tak Ikut SOP Kempen Pelangi Kerana Agama, Dua Kapten EPL Berdepan Tindakan

Ini apabila pemain itu menulis ‘I love Jesus’ pada lilitan lengan kapten pelangi beliau. Guehi juga tidak menyokong kempen pelangi ini yang bertentangan dengan kepercayaan agamanya, Kristian.

Premier League sudah mewajibkan semua pemain dan jurulatih termasuk pasukan wanita wajib terlibat kempen ini. Dan sesiapa yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas.

Kempen pelangi adalah kempen yang menyokong golongan songsang dan kebebasan jantina. Kempen ini turut diadakan di beberapa liga lain di eropah.

Di peringkat antarabangsa, FIFA juga terlibat aktif dalam kempen pelangi ini yang menjadi subjek perdebatan ramai pihak. Terutama sekali ketika Piala Dunia diadakan di negara Islam, Qatar pada tahun lalu.