Manchester City dan Newcastle kini berdepan dengan potensi terpaksa bertukar pemilikan, jika peraturan baharu buruh diluluskan parlimen Britain.

Usul terbaru dibuat berkenaan dengan pemilikan kelab Liga Perdana Inggeris. Di mana ia mencadangkan agar kerajaan mengawal sepenuhnya pemilikan kelab kelab EPL.

Cadangan itu dikemukakan oleh Lord Bassam dari Brighton dalam pindaan kepada Rang Undang-undang Tadbir Urus Bola Sepak.

Jika ia diluluskan, aia akan menyaksikan pengawal selia bebas dibawa masuk untuk sukan itu di England. Dan salah satu perkara yang akan dipengaruhi dasar ini kelak adalah pemilikan Man City dan Newcastle yang menggunakan dana awam atau wang kerajaan.

Kerana salah satu cadangan adalah melarang pemilikan yang ada kaitan dengan kerajaan sesebuah negara atau dana awam.

Newcastle kini dimiliki oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, yang dipengerusikan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, manakala pemilik City, Sheikh Mansour, adalah naib presiden Emiriah Arab Bersatu.

Sekiranya cadangan baharu itu menjadi undang-undang, kedua-dua pasukan perlu mencari pemilik baharu untuk diberikan lesen oleh pengawal selia.

Rang undang-undang dan pindaan Bassam itu masih dibincangkan di Dewan Pertuanan atau House Of Lords dalam beberapa minggu akan datang.

Menerusi Rang Undang-undang Tadbir Urus Bola Sepak – jika ia diluluskan – ianya akan menyaksikan badan kawal selia baharu diperkenalkan untuk mengawasi bola sepak Inggeris.

Ini akan melibatkan pemantauan tentang pemilikan baharu dan ujian pengarah serta mewujudkan proses baharu untuk mengendalikan pengagihan hasil sepanjang perlawanan.

Menurut The Times, berdasarkan pemerhatian mereka, pindaan itu mungkin akan sukar meraih sokongan.

Tetapi dalam masa beberapa tahun kebelakangan sudah ada pemilik kelab di EPL sendiri yang merasakan pemilikan Man City dan Newcastle adalah tidak menepati persaingan adil dari sudut kewangan atau financial fairplay.

Hal ini kerana dua kelab tersebut disokong oleh dana awam daripada sesebuah negara. Dan beberapa syarikat tajaan yang dianggap ada kepentingan dengan kerajaan yang menjadi pemilik kelab itu.