Kita sering melihat rakyat dari negara di Eropah dan United State memiliki kemajuan yang yang lebih advanced berbanding di negara Asia Tenggara.

Seorang lelaki bernama Graham Walsh selaku MVP Microsoft dalam Aplikasi dan Perkhidmatan M365 yang memfokuskan kepada Microsoft Teams dan mesyuarat berkongsi satu penemuan menarik sewaktu berada di kota London baru-baru ini.

Kongsinya, sewaktu sedang membeli belah bersama keluarga di London, dia telah melawat ke sebuah butik pakaian Jepun di Jalan Oxford.

kaunter pembayaran
Sumber Gambar: Threads

Dia meluahkan dirinya tersangat kagum mengetahui teknologi pembayaran di butik itu kerana kemampuan mengira segala pakaian dengan hanya diletakkan pada satu ruangan imbasan menggunakan teknlogi RFID.

“Teknologi pembayaran di kedai membuatkan kami kagum. Letakkan sahaja item di kawasan pembayaran, di mana semuanya diimbas melalui teknologi RFID.

“Sukar untuk menarik perhatian saya, tetapi ini sangat mengagumkan!!,” tegasnya.

Memandangkan ini pertama kali dirinya menemui teknologi sebegini, Walsh tegas mengatakan jarang sekali sesuatu perkara boleh menarik perhatian dia tetapi kaunter pembayaran layan diri guna RFID benar-benar menggagumkan.

kaunter pembayaran
Sumber Gambar: Threads

Hantaran individu berpengaruh itu langsung menarik perhatian netizen terutamanya dari Malaysia yang merasa lucu kerana teknologi sedemikian sudah lama bertapak di negara ini.

“Kami sudah ada di Malaysia sejak 10 tahun lalu,” kata seorang netizen.

“Err Decalthon Malaysia pun macam ni ja. Ada jaah di Malaysia,” kongsi seorang lagi.

“EU dan US baru menemui perkara ini. Semua negara di Asia Tenggara telah gunakan sejak sekian lama,” komen seorang netizen.

“Baru keluarga gua ke?” seloroh seorang netizen.

Malah, ramai juga yang terkejut dengan pendedahan individu yang sudah berkecimpung dalam bidang teknologi lebih 20 tahun di samping bekerja di dalam syarikat terkemuka tetapi tidak pernah mengetahui kewujudan kaunter layan diri serba canggih ini sepanjang hidupnya.