Menteri Penyelaras Makanan, Zulkifli Hasan, menyampaikan pesan penting dari Presiden Prabowo Subianto yang menyeru seluruh rakyat Indonesia untuk bersatu demi mencapai impian menjadi negara maju seperti Malaysia.

Dalam ucapannya seperti yang dilaporkan CNBC Indonesia, Zulhas tidak segan-segan mengakui bahawa Indonesia kini berada jauh di belakang Malaysia dalam hal pencapaian ekonomi.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Malaysia, yang sudah mencapai status negara maju dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih tinggi daripada Indonesia menjadi bukti bahawa negara jiran telah bergerak lebih pantas untuk mencapai status negara maju.

Presiden Prabowo mengingatkan bahawa Indonesia hanya mempunyai masa 11 tahun lagi untuk memanfaatkan “bonus demografi” yang akan berakhir pada tahun 2038.

Dua pilihan raya presiden yang akan datang dikatakan akan menjadi sangat penting dalam menentukan arah masa depan negara. “Waktu kita tidak banyak,” kata Zulhas, mengutip pesan Prabowo.

Prabowo juga menekankan pentingnya untuk bekerjasama dalam mencapai impian ini.

Kabinet baru yang dibentuk, diberi nama “Kabinet Merah Putih”, mencerminkan cita-cita untuk membawa Indonesia menuju satu destinasi yang sama—menjadi negara maju.

Selain isu ekonomi, Zulhas turut menyampaikan seruan Presiden Prabowo yang mengingatkan rakyat untuk menghentikan kritikan kebencian dan fitnah yang kini kerap berlaku.

Prabowo menekankan bahawa setiap warga negara Indonesia adalah satu keluarga besar, bersaudara, dan perlu saling mendukung.

“Apa enak itu suka ngatain orang? Apa enak itu menyebar kebencian? Apa enak kita itu memfitnah orang?” tanya Zulhas, mengutip Presiden.

Prabowo juga mengajak semua pihak untuk berhenti saling serang menyerang dan fokus kepada cita-cita yang lebih besar, iaitu memastikan Indonesia menjadi negara yang makmur dengan sumber daya manusia yang cerdas dan mampu menjaga keamanan dunia.

Mesej ini disampaikan kepada semua, terutama di Kementerian Perdagangan, agar selalu ingat bahawa Indonesia adalah satu keluarga.