Tular baru-baru ini di media sosial apabila terdapat laporan melibatkan seorang individu yang merupakan pakar saham negara berusia 47 tahun telah melangsungkan perkahwinan bersama pelajar sahamnya berusia 25 tahun.

Kemanjaan serta keperibadian yang lemah lembut antara yang membuat hati pakar saham ini tertarik. Difahamkan individu yang popular dengan tagline ‘Tak handsome tak apa janji kaya’ ini, perkahwinan yang berlangsung merupakan perkahwinan kedua.

Artikel Berkaitan:

Di sebalik perkahwinan keduanya, bekas isteri pakar saham yang dikenali dengan nama Atielia tampil dengan sebuah perkongsian di Facebook yang sekaligus telah meraih perhatian netizen apabila mengucapkan selamat pengantin baru buat suaminya yang dikenali selama 22 tahun.

Lebih menarik perhatian ramai, wanita ini turut memaklumkan perkahwinan pakar saham ini telah berlangsung di Thailand serta berharap tiada lagi drama-drama yang berlaku dalam perkahwinan terbaru bekas suaminya itu.

Difahamkan ucapan tahniah itu terpaksa dikongsikan di Facebook beliau sendiri sekaligus menjadi tatapan ramai berikutan tidak dapat menyampaikan ucapan buat bekas suaminya yang telah menyekat akaun Facebook beliau.

Menurut Atielia, ucapan tahniah itu terpaksa dimuat naik di Facebook beliau sendiri kerana hasrat untuk menyampaikan ucapan itu di Facebook bekas suaminya tidak kesampaian akibat telah disekat atau block.

Atielia menerusi ucapan turut berpesan kepada bekas suaminya untuk menyelesaikan segala tuntutan tanpa menimbulkan masalah.

Menerusi perkongsian terbaru Atielia, beliau turut memaklumkan sijil cerai beliau belum lagi dikeluarkan pihak pejabat agama sekaligus mempersoal kebenaran pernikahan bekas suaminya di sebuah hotel di Thailand.

Sumber