Pakar VFX dari Malaysia, Kevin Pinga akui bangga terlibat dengan projek daripada Marvel sekali lagi.
Pakkar VFX tersebut menerima tawaran daripada Marvel yang mahu menggunakan kepakarannya dalam penghasilan filem Thunderbolts yang sedang popular ketika ini.
Marvel tagih kepakaran pakar VFX asal Malaysia
Kevin Pinga menjadi salah seorang seniman VFX daripada kumpulan 30 orang pakar VFX dari seluruh dunia yang terlibat dalam penghasilan filem ini – untuk penghasilan kesan 3D.
Kepakarannya ditagih oleh Marvel sekali lagi dalam filem ini. Lebih membanggakan beliau, filem ini turut melalui proses penggambaran di Malaysia.
Influencer Dari Seberang Klaim Filem Marvel, Thunderbolt Hampir Shooting Di Indonesia
Kevin Pinga menyarankan rakyat Malaysia untuk menonton filem ini di pawagam. Kerana menurutnya, Malaysia kelihatan sangat cantik dalam filem ini.
Kevin berkata: “Lama tak post kat sini. MIA [menghilang] sebab busy sebab project ini la.
“Sudah agak lama sejak kali terakhir saya bekerja dalam filem Marvel. Jadi bila peluang ini muncul, saya tak lepaskan dan terus kembali ke dunia VFX.
“Bangga kerana dapat terlibat dalam projek ini. Ia antara filem Marvel yang lebih baik dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Kalau korang belum tengok lagi, pergilah tengok. Malaysia nampak cantik dalam filem ni.
Rata rata peminat tumpang bangga dengan pakar VFX, Kevin Pinga yang turut memberitahu pengikutnya bahawa dia adalah orang Malaysia.
Yang lain turut setuju bahawa Malaysia sangat cantik dalam filem ini: “Setuju Malaysia looks good in this movie. Even though Merdeka 118 is being highlighted, KLCC TRX n KLtower are still in the picture too.”
Netizen yang lain pula menegaskan bahawa: “Saya tidak kenal kamu tetapi saya sangat bangga dengan kamu, kebetulan saya baru keluar dari panggung selepas menonton filem ini. Memang bagus filem ini.”