Seorang pakcik yang bekerja memandu teksi di Indonesia berjaya menarik perhatian kami. Beliau berusaha untuk menguasai bahasa Inggeris dengan cara bertutur bersama setiap pelanggan yang menaiki teksinya dalam bahasa tersebut.
Walaupun buta huruf, usaha pakcik ini wajar diberikan pujian kerana beliau yakin ilmu ada dimana-mana dan dengan berkat usaha tiada apa yang mustahil. Kami doakan agar beliau berjaya bertutur dalam bahasa ini dengan lancar tidak lama lagi.