Boleh dikatakan arena e-sukan negara berada di tahap yang cemerlang lebih-lebih lagi untuk permainan PlayerUnknown Battleground. Baru-baru ini seorang pemain PUBG yang turut mewakili negara telah menerima Pingat Jasa Kebaktian.

Muhammad Izzudin “Jumper” Hashim bukan nama asing lagi di dalam arena e-Sukan negara malah salah satu pemain PUBG terbaik di Malaysia.

Baca Juga:

Terbaharu, anak muda kelahiran Kuala Pilah itu dianugerahkan dengan Pingat Jasa Kebaktian dari Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Besar di Seri Meranti.

Pingat Jasa Kebaktian ini diberikan kepada sesiapa yang berbuat jasa cemerlang kepada negeri serta menunjukkan kebolehan luar biasa. Pencapaian beliau termasuklah pernah mewakili Malaysia dalam kategori individu dan pasukan untuk acara PUBG Mobile di Sukan SEA ke-31, Vietnam.

Beliau bersama pasukan 4Rivals turut mempamerkan prestasi yang cemerlang pada acara PUBG Mobile Global Championship 2022. Dalam pada itu, beliau sangat berterima kasih ke atas sokongan yang diberi oleh kerajaan Negeri dalam memartabatkan Sukan Elektronik di peringkat negeri dan negara.

Dengan ini, Jumper muncul sebagai individu kedua yang menerima Pingat Jasa Kebaktian selepas Soloz. Pingat Jasa Kebaktian ini diberikan kepada Jumper kerana hasil usaha dan kejayaannya dalam bidang e-sukan.

Sumber