Selepas melancarkan empat model sebelum ini melibatkan empat karakter Dragon Ball Z iaitu Goku,Gohan, Cell dan Frieza, adidas originals dengan kolaborasi bersama Dragon Ball Z pada bulan ini bakal melancarkan model ketiga mereka iaitu Ultra Tech ‘Vegeta’.
Seperti model-model sebelum ini, pilihan warna yang dipilih adalah berdasarkan warna trademark karakter asalnya. Pada model ‘Vegeta’, padanan warna biru, kuning dan putih antara yang dipilih.
Pada bahagian tapak pula, adidas telah menggunakan tapak seakan model Deerupt. Model ini turut disertakan dengan tulisan ‘9000’ pada bahagian belakang kasut bagi memaparkan trademark Vegeta yang kerap mengukur kuasa pihak lawan.
Model Dragon Ball Z x adidas originals Ultra Tech ‘Vegeta’ ini dijangkakan bakal mula dijual pada bulan ini dan cuma beberapa butik adidas bakal dipilih memandangkan pengeluarannya yang terhad. Buat peminat Dragon Ball, mungkin ini model yang boleh dapatkan.
Baca lagi: Lihat Kesemua Model Koleksi Kolaborasi adidas x Dragon Ball Z