Daripada video ini, apa yang boleh dihurai adalah koleksi ini bakal jadi satu koleksi yang hebat daripada adidas untuk tahun ini. Setiap perincian daripada kotak sehinggalah ke bahagian permukaan dalam kasut dibuat dengan sangat rapi.

Jika anda lihat pada bahagian kotak, ada ilustrasi kartun Dragon Ball Z yang apabila disusun dengan 6 kotak koleksi kasut yang akan datang akan menjadi satu poster besar Dragon Ball Z.

Sehingga ke gambar pada kotak pun mereka fikir untuk koleksi ini. Model Goku ini dijangka akan hadir pada bila-bila masa sahaja bulan ini. Adakah anda sudah bersedia?