Kalau anda sedang dalam perancangan membeli kereta, mungkin boleh tangguh dulu hasrat itu kerana Honda sedang dalam perancangan untuk melancarkan model Honda Civic Type R. Kalau siapa yang belum tahu, model di bawah ‘Type R’ ini,performance keretanya adalah lebih power dari model standard. Dan model Type R ini sedia untuk berlumba di litar bila-bila masa sahaja.
Buat masa ini, Model Civic Type R Prototype ini masih dalam fasa konsep. Dari segi enjin, enjin 2.0 liter turbo VTEC mungkin tidak berdepan masalah jika perlu dibandingkan dengan kereta jenama lain di dalam kelasnya.
Anda boleh lihat sendiri pada gambar-gambar ini. Skirting kereta ini yang seksi membuatkan kereta ini lebih ‘garang’ . Dan cuba lihat juga placement ekzos untuk kereta ini. Belum Honda belanja bunyi kereta ini. Dalam gambar pun sudah terasa hebatnya kereta ini. Dan ya, kereta ini didatangkan dengan rim 20-inci untuk menambah elemen sporty kereta ini.
Kereta ini kini sedang dipamerkan di Paris Motor Show 2016. Jika tiada masalah, dijangkakan kereta ini akan mula berada di pasaran tahun hadapan. Cantik.