Nike pada hari ini telah memperlihatkan koleksi kasut terbaru mereka iaitu Air Max Plus Tn yang hadir warna yang sangat menarik iaitu gabungan warna hitam dan oren.

Kasut ini menggunakan bahan fabrik mesh yang lembut pada bahagian atas kasut ini. Untuk tulisan ‘TN’ Nike telah menggunakan warna hitam yang berbeza untuk menampakkan tulisan nama model ini manakala untuk logo swoosh Nike menggunakan oren yang terang pada depan dan mini logo swoosh di lidah kasut ini.

Walaubagaimanapun setakat ini masih belum lagi memberi kata putus mengenai harga dan tarikh pengeluaran model ini. Sama-sama kita nantikan tarikh pelancaran rasmi model terbaru daripada Nike ini.

nike-air-max-plus-tn-se-black-orange-002

nike-air-max-plus-tn-se-black-orange-003

nike-air-max-plus-tn-se-black-orange-004