Bulan lalu telah menyaksikan Samsung melancarkan tiga model penuh gaya dan inovasi menerusi siri Galaxy-S iaitu S25, S25+ dan juga S25 Ultra. Ketiga-tiga model ini hadir kelebihan masing-masing dalam menawarkan lebih banyak pilihan buat para pengguna dalam mendapatkan sesebuah telefon pintar.

Model yang dilancarkan pada kali ini berjaya membuatkan orang ramai lebih teruja untuk mendapatkannya menerusi penawaran harga yang kompetitif berdasarkan inovasi yang ditawarkan.

Kami juga tidak melepaskan peluang dalam mencuba model terbaru Samsung ini iaitu Galaxy S25+ bagi mengetahui lebih lanjut sejauh manakah model terbaru Samsung ini sesuai digunakan sebagai kegunaan seharian. Berikut merupakan ulasan ringkas kami mengenai model ini.

Rekaan Samsung Galaxy S25+

Samsung Galaxy S25+

Samsung pada kali ini meneruskan trend yang seperti model-model sebelumnya dengan menggunakan kotak hitam dengan reakaan yang minimal.

Galaxy S25+ mengekalkan estetika premium dengan bingkai aluminium dan panel belakang kaca Gorilla Glass Victus 2. Paparan 6.7-inci QHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz menawarkan visual yang tajam dan warna yang menyerlah.

Dari segi warna, Samsung sekali lagi memilih untuk menawarkan warna-warna pastel pada model keluarannya. Model Icy Blue yang kami gunakan berjaya membuatkan model ini tampak eksklusif di samping mengekalkan rekaan yang minimal.

Samsung Galaxy S25+ masih lagi mengekalkan reka bentuk yang ergonomik dan berat 190g menjadikannya selesa dipegang untuk kegunaan harian. Selain itu, para pengguna juga turut menerima wayar pengecasan fast charging yang dibekalkan pihak Samsung.

Dilengkapi dengan spesifikasi seakan telefon pintar flagship

Samsung Galaxy S25+

Menariknya dengan siri S25 pada kali ini, ketiga-tiga model ini dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaik daripada Snapdragon iaitu Snapdragon 8 Elite beserta RAM 12GB.

Dalam erti kata lain, sama ada anda mendapatkan model S25,S25+ atau S25 Ultra, anda bakal menikmati prestasi yang sama dan terbaik.

Terdapat dua pilihan storan yang tersedia buat Samsung Galaxy S25+ iaitu 256GB dan 512GB.Kamera

Kamera

Samsung Galaxy S25+

Sistem kamera belakang terdiri daripada lensa utama 50MP, lensa telefoto 10MP dengan zoom 3x, dan lensa ultralebar 12MP. Kamera ini mampu merakam video 8K pada 24/30 fps dan 4K pada 30/60 fps, memastikan kualiti imej dan video yang mengagumkan.

Ciri-ciri Pintar dan AI

Samsung Galaxy S25+

Samsung memperkenalkan ciri-ciri AI baharu seperti ‘Now Brief’ yang memberikan ringkasan harian pengguna dan ‘Gemini Live’ yang membolehkan interaksi bahasa semula jadi dengan peranti.

Integrasi AI ini menjadikan pengalaman pengguna lebih intuitif dan peribadi.

Bateri dan Pengecasan

Samsung Galaxy S25+

Menawarkan bateri 4,900mAh, Galaxy S25+ menawarkan daya tahan bateri yang baik untuk penggunaan seharian. Ciri pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar memastikan peranti sentiasa bersedia untuk digunakan.

Kesimpulan Awal

Samsung Galaxy S25+

Galaxy S25+ menunjukkan bahawa Samsung terus mengutamakan inovasi dan kualiti. Menerusi reka bentuk premium, prestasi tinggi, dan integrasi AI yang canggih, peranti ini berpotensi menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari telefon pintar unggul.

Dari segi harga, Samsung Galaxy S25+ mulai ditawarkan dengan ruang storan 256GB dan 512GB masing-masing hadir dengan harga RM4,999 dan RM5,999.

Kami akan menilai lebih lanjut prestasi dan ciri-ciri lain dalam ulasan penuh yang akan datang.