Sejak-sejak hari ini semakin banyak kes budak bawah umur pandu kereta di luar pengawasan orang dewasa. Pada awal Mei lalu, tular kisah kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun memandu kereta Toyota sehingga terlibat kemalangan.

Terbaharu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun tular di media sosial apabila memandu kereta milik keluarganya di jalan raya membuatkannya ditahan polis di rumahnya di Pandamaran, Klang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Turut ditahan adalah bapa kanak-kanak itu yang merupakan pemilik berdaftar kenderaan yang dipandu oleh murid sekolah rendah berkenaan.

https://www.tiktok.com/@ktm_michaellim/video/7243431397002710279?q=budak%20bawa%20kereta&t=1686539741263

Penahanan itu bagi membantu siasatan atas kesalahan bersubahat dan berlaku cuai dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Klang Selatan telah menerima satu klip video yang tular di media sosial berhubung kejadian itu.

Katanya, pengamatan pegawai penyiasat terhadap video berdurasi 1.21 minit berkenaan mendapati seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah motokar jenis Proton Saga berwarna silver bernombor pendafataran NCJ 3233 yang mana siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 9 Jun lalu pukul 6 petang di Jalan Banting-Pandamaran (Jalan Kampung Pendamar).

“Bertindak di atas maklumat itu, hari ini pukul 1.15 pagi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Selatan telah membuat serbuan di sebuah rumah yang terletak di kawasan perumahan Pandamaran.

“Hasil serbuan tersebut anggota polis telah menahan sebuah motokar jenis Proton Saga nombor pendaftaran NCJ 3233 bersama pemiliknya serta seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun dipercayai memandu motokar seperti dalam video yang ditularkan yang sedang disiasat polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Hoong Fong, kereta yang dirampas dan bapa dengan anaknya itu telah dibawa ke Balai Polis Trafik, IPD Klang Selatan untuk membantu siasatan  dalam kes tersebut.