Projek M Vertica, Cheras yang turut disebut sebagai pangsapuri ‘Hong Kong’ kini memasuki lelongan yang ketiga dengan harga RM340,000 setelah 2 kali lelongan tiada pembeli.

Pada tahun lalu, hartanah ini dibuka untuk lelongan pada harga RM470,000. Namun beberapa bulan selepas itu, ia sekali lagi bakal dilelong dengan harga serendah RM423,000 sahaja iaitu RM47,000 lebih rendah.

Baca Juga:

Menurut perkongsian Azizul Azli Ahmad, penulis yang sering berkongsi tips kewangan dan pembelian rumah, hartanah terbabit sudah memasuki pasaran lelong sedangkan unit yang baru masih belum habis dijual.

“Dalam perkongsian laman sesawang Auctionpro.my terdapat 2 unit akan dilelong dalam masa terdekat pada harga RM340,000 setelah 2 kali lelongan tiada pembeli.

“Saya kira unit ini akan turun 2 kali lagi baru akan ada pembeli yang akan mula membida,” katanya di laman Facebook miliknya.

Difahamkan bahawa harga pasaran lelong bagi pangsapuri ‘ yang baru sahaja siap pada tahun ini mencecah sehingga RM340,000 sahaja.

Melalui perkongsian Alwi Adam pula, terdapat beberapa pihak yang didakwa cuba untuk menutup pekung dan kegagalan projek ini dengan meninggalkan ulasan yang baik-baik sahaja.

Difahamkan bahawa individu-individu terbabit kemungkinan adalah agen perumahan yang bertanggungjawab untuk mencari pembeli bagi projek M Vertica ini.

Bagi ulasan yang ‘jujur’ pula datang daripada penghuni yang sudah tinggal di sana. Kebanyakan mereka memberi 1 bintang dan  merungut dengan pihak pengurusan yang tidak profesional, ditambah pula dengan servis lif yang tidak pantas padahal pangsapuri tersebut mempunyai 50 tingkat dan masa yang diambil untuk sampai ke kereta.