Ramai sebenarnya yang menantikan karya sekuel untuk filem zombie hebat lakonan Brad Pitt, World War Z. Sejak filem berkenaan ditayangkan di pawagam pada 2013, filem kedua World War Z kerap ditangguhkan kerana masalah jadual dan Paramout mengesahkan tidak lagi berminat untuk meneruskan projek sekuel ini.

Menurut laporan The Playlist, Paramout cuba melengahkan tayangan filem World War Z 2 kepada tahun 2018 atau 2019 dengan David Fincher (Fight Club) sebagai pengarah tetapi Paramount tidak berani untuk meneruskan projek berkenaan kerana masalah mencari modal.

Tidak pasti mengapa Paramout tidak mahu meneruskan projek ini kerana filem pertama membuat kutipan yang memberansangkan; USD540 juta di seluruh dunia. Walaupun Brad Pitt yang juga merupakan salah seorang producer untuk World War Z memanggil Fincher untuk duduk di kerusi pengarah, semuanya kini terhenti kerana tidak mendapat lampu hijau daripada pihak Paramount.

World War Z adalah salah satu filem zombie terbaik yang pernah ditayangkan di Hollywood. Nampaknya kempunanlah kita untuk melihat Brad Pitt kembali bertarung dengan para zombie dan mencari antidote untuk virus tersebut.

Sumber