Pentadbiran Najib Abdul Razak didakwa telah membayar AS$248,962 (RM1.15 juta ) kepada Trump International Hotel antara 2017 and 2020, lapor dokumen 156 muka surat oleh Jawatankuasa Pengawasan Parlimen Amerika Syarikat (AS)

Menurut Berita Harian, laporan itu menyebut presiden AS ketika itu Donald Trump menjadi tuan rumah untuk Najib yang datang ke Rumah Putih pada September 2017 ketika Jabatan Keadilan AS cuba mendapatkan kembali aset bernilai AS$1 bilion yang dicuri daripada dana pelaburan Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Laporan itu turut memperincikan bahawa beberapa hari sebelum dan selepas mesyuarat di Rumah Putih, dari 7 ke 15 Sept 2017, Najib dan rombongannya tinggal di Trump International Hotel dengan bayaran secara bil langsung sebanyak AS$247,352.

Najib dikatakan tinggal di presidential suite yang bernilai AS$10,000. Kos keseluruhan dikenakan padanya saja bernilai AS$44,562 untuk tempoh tiga malam, lapor MalaysiaKini.

Difahamkan pada Oktober 2017, Najib pernah menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa tiada sebarang bayaran dikeluarkan untuk mengatur perjumpaannya dengan Trump.

Pada tahun yang sama, Ketua Pembangkang ketika itu, Wan Azizah Wan Ismail turut membangkitkan isu tersebut, tetapi tidak dilayan oleh Najib kerana ia adalah soal remeh dan bukannya soal dasar.

Untuk rekod, laporan parlimen AS tersebut adalah berdasarkan siasatan hampir tujuh tahun.