Menjadi sukarelawan di Jepun selama 3 bulan khususnya di Kyoto telah banyak membuka mata saya tentang masyarakat di sini. Sebagai graduan bagi bidang Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa (Ijazah Sarjana Muda) dan Pengajian Strategik (Ijazah Sarjana) di Universiti Utara Malaysia (UUM), tidak dapat tidak corak politik dan pemikiran masyaraklat setempat semestinya menarik minat saya.

Masyarakat Kyoto sebenarnya merupakan masyarakat Jepun yang paling konervatif dan rigid dari segi budaya dan agama tetapi pada masa yang sama mereka sangat progresif.

Malahan bagi penduduk Jepun sendiri, bila disebut masyarakat Kyoto, antara gambaran pertama yang terlintas dalam fikiran orang-orang Jepun ialah masyarakat daerah ini yang penuh dengan peraturan dan pemikiran yang agak ‘sempit’ jika dibandingkan masyarakat Jepun yang berada di kawasan lain seperti Yokohama, Osaka, Tokyo, Hiroshima dan lain-lain masyarakat di negara Jepun.

Maka tidak hairanlah mengapa di Jepun ini, tempat mempunyai bilangan tokong bagi agama Buddha dan Shinto adalah di Kyoto.

kyoto-1

kyoto-2

kyoto-3

Parti Komunis Jepun

Tetapi, dari segi politik pula Kyoto sangat berbeza dengan kawasan-kawasan lain di Jepun. Kenapa?

Kerana sudah tiga penggal berturut-turut kesemua kerusi Parlimen di kawasan Kyoto dimenangi oleh Parti Komunis Jepun. Saya ulang semula – Parti Komunis Jepun.

Dan kubu paling kuat bagi pemikiran Parti Komunis Jepun ini pula berpusat di Kyoto University iaitu universiti berkedudukan ketiga terbaik di Jepun, di tangga ke-17 di rantau Asia dan tangga ke-36 dalam carta kedudukan universiti terbaik di dunia.

Parti pemerintah iaitu LDP (Parti Liberal Demokratik) dan parti pembangkang utama iaitu DPJ (Parti Demokratik Jepun) cuba untuk menembusi kawasan Parlimen Kyoto tetapi setakat ini, usaha mereka menemui jalan buntu setelah tiga kali Pilihanraya Umum di Jepun berlangsung.

Agak mengejutkan saya betapa kuatnya pengaruh parti ini di kalangan pengundi di kawasan Kyoto yang majoritinya adalah golongan yang berumur 55 tahun ke atas. Wow.

Ramai dikalangan para pengkaji politik, hubungan antarabangsa serta pelajar Sains Politik cuba untuk memahami gaya pemikiran pengundi dan penduduk masyarakat Kyoto. Tetapi, tiada jawapan solid yang mereka temui sehingga hari ni.

Bagi saya sendiri sebagai pelajar dalam bidang Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa serta Pengajian Strategik (cabang bagi bidang Sains Politik), perkara ini  sangat mengejutkan dan membuat saya berfikir sejenak.

Malahan untuk melihat dengan lebih dekat, saya berkesempatan melawat Universiti Kyoto pada minggu lepas setelah dibawa oleh seorang rakan muslim Jepun selepas kami menunaikan solat fardu Jumaat. Ia satu pengalaman yang sangat bermanfaat kepada diri saya dikala sedang bermusafir di negara Jepun khususnya kawasan Kyoto.

Universiti Kyoto sendiri merupakan universiti yang paling bebas di negara Jepun untuk mengemukakan pandangan dan meluahkan ‘expression’ masing-masing. Maka, tidak hairanlah universiti ini begitu berwarna-warni dengan lukisan para aktivis politik haluan kiri dan meraikan pandangan daripada golongan yang tidak bersetuju dengan mereka dengan cara yang begitu matang sekali.

kyoto-6

kyoto-9

kyoto-10

kyoto-11

Ramai yang salah faham terutamanya masyarakat Malaysia, apabila dikatakan komunis, terus terlintas di fikiran mereka bahawa komunis itu adalah sebuah ‘agama’ ataupun pemikiran yang ‘menolak’ kepercayaan agama. Sebenarnya komunis adalah idea pemikiran tentang sistem ekonomi sahaja.

Secara peribadi banyak benda juga yang saya kritik tentang ideologi komunis tetapi pada masa yang sama, saya hormati pemikiran mereka selagi mereka tidak memaksa saya untuk terima bulat-bulat apa yang mereka sampaikan. Itulah dipanggil ilmiah dan ‘agree to disagree’. Tetapi, malangnya masih ramai masyarakat di Malaysia tidak faham perkara ini.

Saya harap tiada yang akan melebel saya sebagai Pro-Komunis ataupun sekapal dengan Golongan Kiri atau apa-apa label yang seangkatan dengannya. Saya suka mengkaji corak pemikiran politik masyarakat di dunia ini sejak dibangku sekolah menengah lagi dan kebetulan sekarang saya sedang tinggal untuk jangka masa yang agak lama di kawasan Kyoto, Jepun.

Jadi, masyarakat Kyoto merupakan ‘subjek saya pada kali ini untuk saya perhalusi corak pemikiran mereka.

Yang menariknya walaupun masyarakat Kyoto terkenal dengan gelaran atau di label sebagai masyarakat untuk geng-geng konservetif’ tetapi, dari segi membuat keputusan politik, mereka dianggap paling berani membuat ‘keputusan’ diluar jangkaan ramai.

Maka, saya merasakan inii sesuatu yang bagus dan menarik untuk dikaji bersama terutamanya bagi mereka yang bergelar ahli politik, ahli akademik dalam bidang kemanusiaan dan pelajaran politik kepada para pengundi di seluruh dunia (termasuklah Malaysia).

Saya impikan agar suatu hari nanti para pelajar universiti di Malaysia juga dapat bersikap matang dan menerima perbezaan pendapat walaupun golongan atau individu tersebut bukan dari aliran pemikiran yang anda sedang dokongi.

Mungkin dengan ini juga akan menyumpang kepada peningkatan intelektual dan daya fikiran yang kritik dalam kalangan para pelajar universiti di Malaysia itu sendiri pada masa akan datang. Sekaligus, kedudukan universiti Malaysia dan wajah politik Malaysia akan berubah pada masa kelak.

Baca lagi Bagaimana Saya Dapat Travel Ke Luar Negara Melalui Jalan ‘Sukarelawan’