Dengan kos sara hidup yang kian meningkat pada saban tahun, ramai individu yang mengalami kesusahan untuk meraih pendapatan yang secukupunya lebih-lebih lagi buat imigran di negara ini.

Bagaimanapun, tular kisah sebuah pasangan dari Myanmar yang mana mampu meraih pendapatan yang lumayan dengan hanya mi wantan sahaja.

Memetik laman WeirdKaya, kisah ini telah dikongsikan oleh pengguna FB di dalam sebuah grup, dia menulis telah berbual dengan pasangan Myanmar yang mengusahakan gerai Mi Wantan di Kuala Lumpur.

Sumber Gambar: Malay Mail

Di dalam perbualan tersebut, dia menemui yang pasangan terbabit mampu menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa di Segambut, di mana kos yuran mencecah RM1,550 sebulan.

Selain itu, mereka juga menyewa sebuah unit apartment untuk RM1,700 sebulan dan perlu membelanjakan lagi RM1,600 untuk sewa kedai untuk membolehkan mereka boleh beroperasi bisnes mi wantan selama 6 hari seminggu.

Apabila disoal oleh wanita tersebut berapakah jumlah pendapatan bulanan yang diraih, pasangan Myanmar itu hanya memberi respons bahawa ia sudah mencecah lima angka. Namun begitu, mereka tidak berkongsi angka berkenaan secara terperinci.

Susulan mendengar kisah pasangan itu, Chin meluahkan rasa teruja dengan pencapaian mereka dan mengajak rakyat Malaysia untuk mengikuti contoh sedemikian.

“Saya harap semua orang akan terus melakukan yang terbaik. Jika pekerja asing mampu melakukannya, kami juga boleh!” tulisnya.

Menelusuri ruangan komentar, netizen turut terpegun mendengar kisah bagaimana pasangan Myanmar mampu jana pendapatan lima angka dengan menjual mi sahaja.

Ada yang berseloroh mahu menukar bidang pekerjaan lalu masuk ke dunia perniagaan kerana kemampuan menjana pendapatan yang lumayan.