Sepasang suami isteri warga Singapura terlibat kemalangan apabila Porsche 911 Dakar yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang lampu jalan di Batu 16, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini, kira-kira pukul 10 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa sedang berkonvoi dari arah bandar ini menuju Mersing.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hasil siasatan awal mendapati ketika melalui jalan selekoh ke kanan, kereta terbabit terbabas lalu terlanggar tiang lampu tanpa membabitkan kenderaan lain.

Menurut laporan Harian Metro, pemandu kereta tersebut patah kaki kiri, luka di tangan dan kaki manakala isterinya luka di tangan dan kaki. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurut satu sumber, kereta terbabit merupakan salah sebuah ‘Porsche 911 Dakar’ yang terawal sampai di Singapura.

Kereta Porsche dicipta untuk kegunaan atas jalan raya dan juga off-road itu mempunyai kuasa 473hp, boleh memecut 100km/j dalam masa 3.4 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 240km/j.

Hanya 2,500 unit sahaja model ini dihasilkan, harga rasminya bermula USD223,450 (RM1.05 juta), tidak termasuk kos-kos lain.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber