Pasangan viral dengan motosikal membawa bayi dengan alat bantuan pernafasan, mengakui bahawa mereka belum berkahwin.

Namun sebenarnya mereka sudah merancang untuk berkahwin minggu depan, kata mereka.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Semalam imam masjid Al Makrufi di Alor Setar mendedahkan bahawa kedua dua pasangan itu sebenarnya bukan suami isteri namun tinggal bersekedudukan.

Imam Masjid Dedahkan Pasangan Viral Bawa Bayi Atas Moto Belum Kahwin

Orang kampung dan ahli masjid menyatakan mereka sebelum ini pernah melakukan serbuan dan menghantar wanita itu balik ke rumah ibu bapanya agar tidak lagi tinggal bersama.

Namun mereka berdua kembali bersama tidak lama selepas itu. Ketika pasangan tersebut viral, imam masjid tersebut enggan bersubahat menyembunyikan perkara sebenar.

Ini selepas ramai percaya mereka adalah pasangan suami isteri dan memberikan sumbangan derma yang banyak kepada mereka. Malah mereka turut diberikan sebuah kereta Proton Persona terpakai tanda simpati orang ramai kepada mereka.

Pihak masjid kemudian kembali menegur mereka dan meminta mereka tidak tinggal bersekedudukan namun mereka masih bersama sama.

Mstar kemudian mendapatkan penjelasan daripada lelaki bernama Mohd Azlan Ishak bapa kepada bayi yang mengalami masalah paru paru dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Azlan memberitahu Mstar: “Sebelum ini kami sudah merancang untuk berkahwin. Namun kami lebih utamakan kesihatan anak kami. Jadi kami dahulukan untuk menguruskan anak kami yang sakit.

“Tetapi kami memang dalam proses untuk mendirikan rumah tangga. Saya sudah serahkan dokumen berkahwin kepada ustaz [imam masjid],” tegas Azlan.

Azlan mengakui memang pihak imam dan orang kampung ada menegur mereka. Dan dia mengakui kesilapan itu. Namun dia sebenarnya memang sudah merancang mengahwini kekasihnya, Norhidayu Halim.

Mereka akan berkahwin minggu hadapan kerana proses perkahwinan tersebut mengambil masa seminggu untuk membolehkan mereka berkahwin.

Azlan menambah: “Tok imam tu datang rumah saya… dia jelaskan mengenai proses untuk kami berkahwin. Katanya proses memakan masa seminggu untuk membolehkan kami bernikah. Kalau dah tok imam cakap macam tu takkan la kita tak nak percaya.”

Azlan menafikan bahawa Norhidayu masih isteri orang lain. Di mana dia mendedahkan bahawa Norhidayu sudah bercerai dengan bekas suaminya yang dipenjara sejak 29 Ogos lalu.

Azlan menyatakan bahawa Norhidayu ada dokumen bukti bahawa dia sudah bercerai dengan bekas suaminya.

Sumber