Pasar raya popular NSK di Selayang, Selangor, baru-baru ini terpalit dengan kontroversi apabila didakwa menjual daging katak. Insiden yang terjadi itu mula tular dan heboh diperkatakan di laman media sosial Facebook.
Pasaraya itu dituduh oleh netizen seolah tidak sensitif apabila mencampur barangan halal dan tidak halal di dalam satu bahagian. Satu laporan kepada pihak berkuasa telah dibuat selepas kakitangan pasaraya seolah tidak menyedari tentang perkara tersebut.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
Melalui laporan WeirdKaya, NSK mengesahkan kejadian tersebut tetapi berkata bahawa ia berpunca daripada kesilapan pihak pembekal. Mereka memberi jaminan bahawa NSK Selayang tidak pernah menjual daging katak dan produk tersebut sudah pun ditarik keluar.
Susulan aduan yang dibuat oleh netizen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), jabatan kerajaan juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut.
“Terdapat kes salah faham di peringkat pengurusan dan pekerja tersalah letak daging katak untuk dipamerkan. Amaran telah dikeluarkan untuk memastikan perkara ini tidak berulang dan perkara itu telah diselesaikan,” katanya.