Slot empat pasukan yang bakal beraksi di separuh akhir STL 2026 bagi GP Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa sudah pun diketahui.

Pasukan pilihan seperti Melaka Titans, Perak Bison dan PDRM Defenders menepati ramalan untuk terus memburu slot ke final sekali gus menjadi juara saingan GP Kuala Lumpur.

Senarai Pasukan Ke Separuh Akhir STL 2026 GP Kuala Lumpur

Kelantan Warriors menjadi pasukan pertama yang meneruskan kemaraan selepas memperagakan aksi cemerlang untuk menundukkan Selangor Pistons 15-6, 15-13.

Ia merupakan kali kedua Kelantan Warriors mara ke separuh akhir yang menyaksikan sebelum ini mereka ke pentas sama pada GP Pulau Pinang tetapi digagalkan Perak Bison.

PDRM Defenders pula bangkit daripada ketinggalan tiga mata pada penghujung set ketiga untuk menghampakan Johor Tigris 12-15, 15-10, 17-15.

Melaka Titans pula tidak berdepan masalah menewaskan ATM Guardians dalam aksi suku akhir sebelah malam dengan keputusan 15-10, 15-4.

Senarai Pasukan Ke Separuh Akhir STL 2026 GP Kuala Lumpur

Manakala Perak Bison mempamerkan semangat juang tinggi dalam menghadapi tekanan hebat diberikan Negeri Sembilan Antlers untuk mengecapi kemenangan 9-15, 15-11, 15-13.

Berikut merupakan jadual penuh aksi separuh akhir STL 2026 GP Kuala Lumpur:

Separuh Akhir STL 2026 GP Kuala Lumpur

1) Melaka Titans lawan PDRM Defenders – 12.00 Tengah Hari

2) Perak Bison lawan Kelantan Warriors – 1.30 Petang