Bekas bek kiri Manchester United, Patrice Evra menasihati rakannya, Wayne Rooney sudah meninggalkan terus kerjaya sebagai pengurus.
Nasihat itu diberikan Evra selepas melihat Rooney cukup bergelut ketika membimbing Birmingham City dan Plymouth Argyle dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Baca Juga:
- Evra Dakwa FIFA ‘Beri’ Piala Dunia 2022 Kepada Messi
- Kali Terakhir Menang Pada 6 November, Plymouth Argyle Akhirnya Pecat Wayne Rooney
- Frank Lampard: Kehadirannya Ubah Nasib Coventry City
Ketika bersama Birmingham, Rooney dipecat hanya selepas 83 hari membimbing kelab tersebut dimana kelab tersebut menjunam daripada tangga keenam kepada kedudukan ke-20 sejak dibimbing legenda England tersebut.
Daripada 15 perlawanan dilalui, Birmingham mengalami sembilan kekalahan hingga menyebabkan Rooney kehilangan tugasnya pada 2 Januari 2024.
25 Mei 2024, beliau dilantik pula sebagai pengurus baharu Plymouth yang beraksi dalam saingan EFL Championship, namun angin hitam turut melanda kariernya di sana.
Mengharungi 23 perlawanan liga, magis Rooney tidak dapat diterjemahkan dengan baik apabila Plymouth hanya mampu mencatatkan empat kemenangan, enam keputusan seri dan 13 kekalahan hingga menyebabkan beliau dipecat pada 31 Disember lalu.
Sehubungan dengan itu, Evra yang beraksi bersama Rooney selama sembilan musim di Manchester United melihat rakannya itu tidak sesuai menjadi seorang pengurus.
Nasihat Evra Buat Rooney
“Itulah sebabnya [kerana Rooney] mereka [merujuk kepada Birmingham City] jatuh ke divisyen satu [EFL League One].”
“Tidak, tolong berhenti daripada menjadi pengurus pasukan, itu bukan untuk kamu.”
“Dan dia terus pergi ke suatu tempat [pasukan lain] dan dipecat lagi. Dan apabila dia pergi, pasukan tersebut berjaya meraih kemenangan,” ujar Evra menurut sumber laporan Goal.