Sudah menjadi kebiasaan buat sesetengah untuk mencari rumah sewa menerusi pelbagai platform dan media sosial.
Bagaimanapun, tular di laman Threads mengenai satu taktik licik yang dilakukan oleh individu berniat jahat dalam menipu wang orang lain menerusi senarai sewa yang dibuatnya.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi yang dirinya yang berdepan situasi di mana pergi melihat rumah sewa yang disenaraikan oleh individu di Mudah.my tetapi indah khabar dari rupa sahaja.
Pergi melawat rumah
Difahamkan pada beberapa hari lepas dia pergi melawat ke sebuah lokasi rumah yang dipercayai untuk disewa oleh ‘pemiliknya’.

Walaupun sebaik masuk ke rumah tersebut telah disediakan segala kemudahan beserta wifi, dia mula timbul berprasangka negatif apabila melihat kewujudan dua tuala yang dibentangkan serupa gaya Airbnb.
Jadi, dia mula menyoal sama ada fasiliti ini disediakan buat penyewa kerana sewanya yang murah namun pemilik tersebut mengesahkan ia memang datang dalam satu pakej.
Wanita itu langsung meminta kad nama kerana mahu mengesahkan identiti individu terbabit tetapi dia memberi alasan tertinggal di dalam dompet dan akan memberikan gambar di dalam mesej kemudian.
Sewa terlalu murah berbanding ‘rate’ semasa
Untuk mendapatkan kepastian, wanita itu langsung memberi soalan ‘cepumas’ bagaimana pemilik terbabit boleh memberi harga sewaan yang murah iaitu RM1.8K sahaja sekali siap segala kemudahan sedangkan di dalam pasaran sekitar RM2.5K di dalam platform Mudah.my.

Mungkin suspek terasa taktiknya sudah dihidu, dia langsung mahu beredar dari unit tersebut dan meminta wanita itu membayar deposit sewa jika berminat.
Suspek siap memberi jaminan akan beri tinggal selama 15 hari secara percuma selepas selesai membuat pembayaran namun wanita itu tidak mengendahkan tawaran palsunya.
Setelah terbongkar, dia menyimpulkan ini merupakan taktik licik yang dilakukan oleh individu terbabit di mana menyewa unit Airbnb kemudian mencari mangsa dengan menyatakan ia sebagai rumah untuk disewa.
Oleh itu, dia mengingati orang ramai yang mahu cari rumah sewa untuk lebih berwaspada dengan taktik guna rumah Airbnb sebagai jerat untuk mendapatkan wang mudah oleh segelintir individu berniat jahat.
Majoriti netizen meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan itu dan menyatakan lebih berwaspada apabila mahu menyewa kelak.
Lebih mengejutkan, rupanya ada penyelia Airbnb tempatan yang bercerita insiden ini sudah pernah berlaku berulang-kali dan ada yang sudah lebur lebih RM3,000 kerana menyangka mahu bayar duit deposit kepada pemilik.