Kita sering kali dengar pemilik rumah Airbnb berkongsi pengalaman buruk yang dihadapi selepas pelanggan meninggalkan kediaman mereka.

Bagaimanapun lain pula ceritanya buat pemilik rumah Airbnb di Vietnam yang memuat naik satu video TikTok di akaun @luminous.apartment.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau terkejut apabila mendapati kediamannya bersih dan teratur sama seperti sebelum pelanggan menginap di sana.

@luminous.apartment

What my guess left behind at my airbnb apartment😲😲 #airbnb #airbnbfinds #vietnam #hochiminh #fyp #foryou

♬ nhạc nền – Luminous Apartment – Luminous Apartment

Selain mengemas semula ruangan dapur, ruang tamu dan bilik tidur, pelanggan Airbnb itu turut meninggalkan ‘buah tangan’.

Video TikTok itu telah meraih perhatian penonton dari Malaysia. Ramai yakin pelanggan yang menginap di Airbnb terletak di bandar Ho Chi Minh itu dari Malaysia.

Ini kerana terdapat sebungkus mee segera jenama Cintan dan secawan mee segera Mamee yang mempunyai pelekat tanda harga dari kedai rangkaian serbaneka 99 Speedmart.

‘Bukti-bukti’ tersebut sudah cukup menunjukkan pelanggan Airbnb itu Malaysia.

Sumber Gambar: TikTok @luminous.apartment
Sumber Gambar: TikTok @luminous.apartment
Pemilik Airbnb Vietnam, Netizen Puji Rosmah
Sumber Gambar: TikTok @luminous.apartment

Lebih menguatkan lagi ‘teori’ itu, terdapat sejambak bunga ros diikat dengan tali jenama fesyen mewah Dior diletakkan pada di atas meja tulis bersebelahan balkoni.

Di atas bunga tersebut mempunyai kad ucapan bertulis ‘Selamat Hari Lahir Rosmah’.

Nama ‘Rosmah’ itu sekaligus menjadi bukti konktrit rakyat Malaysia datang menginap di situ.

Sumber Gambar: TikTok @luminous.apartment

Dalam pada itu, netizen menerangkan kepada pemilik Airbnb tersebut yang orang Malaysia memang suka mengemas semula dengan bersih dan teratur apabila datang ke tempat orang.

Netizen turut mengucapkan ‘Terima Kasih Rosmah’ kerana menunjukkan teladan baik semasa berada di negara orang.