Pemain pertahanan skuad kebangsaan Vietnam, Do Duy Manh melancarkan perang saraf menjelang aksi bertemu Indonesia dalam saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 22 dan 26 Mac ini.

Menurut Duy Manh, beliau berasa pelik dengan mengatakan lawan yang bakal dihadapi benar-benar skuad kebangsaan Indonesia atau pasukan Belanda memandangkan pasukan itu diperkuatkan oleh ramai pemain naturalisasi yang dilahirkan di Belanda.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

“Menurut makluman yang kami terima, Indonesia diperkuatkan oleh 11 pemain naturalisasi yang beraksi di luar negara dan mempunyai kualiti tersendiri. Sebelum itu, mereka menjadi pasukan yang sukar untuk dihadapi.

“Pemain Indonesia bermain dengan ganas dan agresif. Kini mereka diperkuatkan oleh pemain naturalisasi, kami berkata kepada sesama sendiri adakah kita akan menghadapi pasukan Belanda atau Indonesia. Akan tetapi, Vietnam juga diperkuatkan oleh pemain yang berkualiti. Jadi kami tidak takut berdepan pasukan yang dipenuhi pemain naturalisasi,” katanya.

Skuad bimbingan Shin Tae-yong itu diperkuatkan oleh tiga lagi pemain naturalisasi iaitu Ragnar Oratmangoen, Maarten Paes dan Nathan Tjoe-A-On bagi menghadapi saingan kelayakan bulan ini.

Vietnam Indonesia

Sebelumnya, skuad Garuda dibarisi oleh beberapa pemain yang lahir di Belanda seperti Justin Hubner, Ivar Jener, Shayne Pattynama dan Rafael Struick ketika beraksi di temasya Piala Asia 2023.

Indonesia ketika ini menghuni tangga tercorot dalam kumpulan F yang turut dihuni oleh Iraq dan Filipina sekaligus menjadikan perlawanan menentang Vietnam sebagai aksi wajib menang bagi mereka.

Dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 manakala pasukan di tangga ketiga dan keempat akan bersaing dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.