Sebut mengenai Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad pasti ramai yang mengenalinya. Mendakwa diri sebagai wanita transgender serta popular dalam mempromosikan produknya membuatkan beliau dikenali ramai.
Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan Sajat yang memakai telekung di hadapan Kaabah, Hot Daddy pula didakwa bangga berkongsi video meniduri beberapa wanita.
Baca Juga:
- Terlibat Dalam Aktiviti Persundalan, ‘Hot Daddy’ Dilayan Seperti Selebriti Oleh Masyarakat
- Mufti Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Podcast Jemput Hot Daddy
Terbaharu, insiden melibatkan Hot Daddy serta reaksi segelintir netizen yang meraikan beliau telah mendapat perhatian Sajat.
Menurut Sajat, apa yang berlaku kepada Hot Daddy ini nyata memalukan Islam. Malah, beliau turut mendakwa insiden seperti ini yang menjadi punca pelbagai bala berlaku di Malaysia.
kalau aku jijik, jijik lagi yang straight bagai, kalau pondan berani, berani lagi yang gender straight buat bukan bukan, MEMALUKAN ISLAM!!! INI BARU MEMALUKAN ISLAM, bertudung bagai 8 wanita hentam 1 jantan hot daddy!! patut lah macam macam bencana berlaku kat malaysia tu!!…
— nursajat23 (@Nursajat02) February 10, 2024
Apa yang dikongsikan Sajat ini telah mendapat ramai namun rata-rata netizen dilihat tidak bersetuju dengan apa yang dikongsikan Sajat.
Menurut para netizen, apa yang dilakukan individu ini sememangnya maksiat dan dosa besar. Meskipun melakukan perkara yang berbeza, tindakan tersebut dikira mengundang kemungkaran Allah.
Sama je jat, dua dua dosa besar. Dua dua memalukan Islam, tapi jika nak cerita siapa lebih teruk, obviously kau, sebab kau mencemarkan nama Malaysia sampai Arab sana bila kau pergi haji bertelekung. https://t.co/fpoALND0eG
— Jibril (@JibrilZul) February 10, 2024
Hang pun sama pi mekah pakai telekung Jat oi https://t.co/nplU9TpZXn
— dee #ceasefirenow 🍉 (@deejaemma) February 10, 2024
Kalau dah salah, tetap salah. Pakai tudung ke tak, dosa sama aje. Pakai kopiah ke tak, neraka juga hukumnya.
Sudah2 lah nk justify dosa kita buat.
Kita sama2 berdosa, janganlah nk ada rasa "Holier than thou" tu.
Mari sama2 tambah baik diri dan semoga dipermudahkan urusan. https://t.co/yUSVjYYiNc
— wildanisme (@kitacumakawan) February 10, 2024
Sebulan yang lalu, Sajat turut mendapat perhatian ramai apabila mendakwa dirinya mengalami sakit kanser. Beliau juga turut memohon maaf sementara masih mempunyai kesempatan.