Sebagai pengguna pengangkutan awam, pas perjalanan tanpa had ‘My30’ yang disediakan oleh Rapid KL telah banyak membantu menjimatkan perbelanjaan bulanan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Baru-baru ini pihak Rapid KL telah mengumumkan penawaran pas perjalanan tanpa had ‘My30’ akan ditamatkan pada 31 Disember ini dan ditukarkan menjadi ‘My50’ bermula 1 Januari 2022.
Menurut Menteri Pengangkutan Dato’ Sri Ir. Wee Ka Siong, pengenalan pas perjalanan ‘My50’ ini adalah bukti bahawa Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam keadaan mencabar sekarang selaras dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’.
Pengumuman itu telah membuatkan netizen berasa kecewa dan meluahkan perasaan tidak puas hati kerana peningkatan tersebut sedikit sebanyak telah memberikan kesan terhadap kewangan orang ramai.
Tambah orang ramai lagi, peningkatan sebanyak RM20 itu memberikan kesan agak besar buat sesetengah kelompok pengguna pengangkutan awam, lebih-lebih lagi buat kelompok berpendapatan B40 dan M40.
Everything about this press statement is so wrong. How could you say ‘prihatin’ if rakyat ends up paying extra for it? You can just do simple news on the new fee instead of 2 pages statement 🤦🏻 https://t.co/37a5oL32U1
— Wan Khairul Fadzli (@WKFadzli) December 27, 2021
Rm30 naik jadi rm50 = kerajaan prihatin??? Matematik apa ni?? Tlg aku paham kan addmath ni https://t.co/gAqWQefQG8
— Fakhri Fitri (@fakhrifitri96) December 27, 2021
Aik?elok2 je MY30 pakej bas-LRT-MRT-BRT naik ke 50???😡😤 https://t.co/8X74GnNt1K
— khairoolnizam (@aryanazara) December 27, 2021
RM30 unlimited is working really well, not just for the B40 but as well as M40, I'm sure there's a few T20 commute by train also, RM20 is a huge increase for some people. Kasi can lah 2 more years ke https://t.co/vLuwe1zTAV
— Caleb (@AirellRezell) December 27, 2021
Hahaha prihatin celah mana? 😂 https://t.co/8Jk8gJetAQ
— nadz (@ndzrs) December 27, 2021
Pada masa yang sama, orang ramai menemplak alasan peningkatan harga pas perjalanan tanpa had dikaitkan dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’ dan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.
Netizen turut menegaskankan jika betul-betul prihatin tentang kebajikan rakyat yang sedang bergelut dengan masalah COVID-19 dan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini, sepatutnya kekalkan sahaja ‘My30’ sehingga keadaan kembali stabil seperti biasa.
Baca lagi kisah-kisah terbaharu yang menjadi pilihan pembaca The Vocket melalui pautan di bawah.
Ambulans Didakwa Terpaksa Berhenti, Pihak Polis Jelaskan Isu Beri Laluan Pada Konvoi VIP
‘Hanya Ada Makanan’- Wanita Ini Jelaskan Hal Sebenar Selepas Dikecam Ambil Ketuhar Di Mydin Mart
Curi Publisiti Dan Ambil Barangan Mangsa Banjir, Nabila Huda Berang Dengan Perangai Wanita Ini