Rapid KL semalam membuat kenyataan maaf diatas kelakuan pekerja pembersihan yang melaku kerja sambil lewa. Kejadian yang ditangkap kamera dan tular di media sosial itu membuatkan Rapid KL berjanji untuk mengambil tindakan tegas ke atas dua pekerja tersebut.
Sebelum itu tular klip tujuh saat yang diambil dari Instagram dan dikongsi di Twitter oleh pengguna devprasad888 yang menunjukkan pekerja Rapid KL Transit (LRT) membuat kerja kebersihan dengan sambil lewa.
Pls tell me this is fake! If it is true, the operators needs to terminate this contractor immediately! pic.twitter.com/W76YThLfqF
— Dev ⚽🏌️♂️⛳🏎️🤡☕🥩🚬🥃 (@devprasad888) September 30, 2021
Rapid KL di akaun media sosial mereka meminta maaf atas kejadian itu dan memuat naik video bagaimana pembersihan harus dilakukan bersama dengan kenyataan rasmi syarikat terbabit. Kata syarikat penyedia pengangkutan awam itu, kejadian itu berlaku di Stesen LRT Ampang, yang merupakan stesen terakhir untuk Laluan LRT Ampang/Sri Petaling.
Rapid KL turut akui kerja yang dilakukan oleh petugas kebersihan adalah tergesa-gesa dan tidak memuaskan. Tambah mereka lagi cara kerja yang dijalankan oleh pekerja terbabit tidak patuh dengan langkah pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh pihak Rapid KL.
“Ini menunjukkan ketidakpatuhan terhadap langkah pencegahan COVID-19 yang ditetapkan oleh Rapid KL amat membimbangkan dan kami telah mengambil tindakan pantas untuk menegur vendor dan membincangkan tindakan pemulihan dan pencegahan untuk memastikan kejadian ini tidak berulang,” tulis Rapid KL dalam catatan tersebut.
Penyedia pengangkutan awam menambah bahawa mereka mengharapkan perkhidmatan berkualiti tinggi dari semua rakan niaga, kontraktor, vendor dan juga kakitangan mereka sambil menekankan bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang berada di bawah standard kualiti Rapid KL.
‘Orang Malaysia dah tak reti Bahasa Melayu ke? – PPIM tegur iklab Rapid KL guna bahasa cina. Klik pautan di bawah untuk membaca.
‘Orang Malaysia Dah Tak Reti Bahasa Melayu Ke?’ – PPIM Tegur Iklan RapidKL Guna Bahasa Cina
Bukan Hanya Sekadar Gimik, Netizen Puji Keramahan Dan Peribadi Pemandu Bas Rapid KL Ini
Rapid KL Kongsi Gambar Ini Untuk Tingkat Kesedaran Siapa Lebih Berhak Naik Lif