Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti menganggap Malaysia sentiasa berada di hatinya dan akan memberikan sokongan dari jauh.

Menerusi laman X miliknya, Marti menyatakan beliau dan keluarganya akan meninggalkan Malaysia hari ini selepas empat bulan berpisah dengan skuad kebangsaan.

Baca Juga:

Malaysia Sentiasa Di Hati Pau Marti

“2022-2024 satu memori yang indah apabila menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan Malaysia.

Pau Marti
Sumber Gambar: FAM

“Hari ini kami akan meninggalkan Malaysia, akan tetapi dari sekarang saya dan keluarga akan meletakkan Malaysia di hati kami dan akan memberi sokongan dari jauh.

“Terima kasih untuk tiga tahun yang indah, kita jumpa lagi,” tulis Pau Marti.

Saingan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024  merupakan tugasan terakhir ketua jurulatih, Pau Marti Vicente bersama skuad Harimau Malaya.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 akan menjadi tugasan terakhir saya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.

Pau Marti
Sumber Gambar: FAM

“Keputusan ini dibuat susulan komunikasi dengan FAM, berhubung penstrukturan semula Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

“Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula ini, ketua jurulatih dan barisan kejurulatihan yang baharu akan dilantik untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2027 mulai tahun depan.

“Berikutan itu, saya dan barisan kejurulatihan akan menamatkan perkhidmatan kami bersama skuad Harimau Malaya pada akhir kempen Piala Mitsubishi Electric.

“Satu perjalanan yang menyeronokkan kerana kami telah mengharungi tiga tahun yang menakjubkan di Malaysia yang dipenuhi dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

“Walaupun ia tidak akan mungkin, pasukan kebangsaan kita akan terus bermain untuk mempertahankan maruah Malaysia.

“Saya mahu pemain, terutamanya prospek muda menikmati kejohanan ini dan suasana luar biasa di Bukit Jalil bersama penyokong kami.

“Mendapat sokongan mereka akan menjadi penghargaan terbesar kepada kami. Saya memberi jaminan bahawa penyokong akan menikmati aksi pasukan dalam kejohanan terakhir kami ini.

“Marilah kita bersama-sama dan berikan yang terbaik untuk pasukan ini,” katanya.