Isu ‘ekzos bising’ merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh penduduk kawasan perumahan sehingga pergaduhan boleh berlaku di antara jiran tetangga.

Baru-baru ini PDRM telah mendedahkan pengubah suaian ekzos tidak boleh menambah kelajuan se­perti yang dipercayai oleh keba­nyakan pemilik motosikal, sebaliknya ia hanya mendatangkan bunyi bi­sing dan mengganggu ketenteraman awam.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan, Kawalan Lalu lintas, Pengurusan Saman), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, perkara tersebut telah menjadi satu ‘kepercayaan’ segelintir pemilik motosikal sehingga mereka sanggup bersaing untuk melakukan kesalahan tersebut.

Sumber Gambar: Facebook

“Siasatan mendapati, tindakan itu tidak mampu memberikan kelajuan kepada sesebuah motosikal, sebaliknya ia sekadar untuk memberi persaingan bunyi kepada lawan.

“Ramai ingat bila ubah suai ekzos motosikal, kelajuannya akan meningkat. Itu tidak benar sama sekali. Kapasiti cc motosikal de­ngan kelajuan adalah seiring dan tiada kena mengena dengan ekzos,” terang beliau semasa ditemui Kosmo baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, perbuatan tersebut sebenarnya boleh menyebabkan ketenteraman awam terjejas dan ke­selamatan komuniti serta pengguna jalan raya, malah ia mampu mencetuskan pergaduhan dalam masyarakat sejagat.

Sumber Gambar: Mynewshub.tv

Datuk Mohd. Nadzri Hussain memberikan contoh apabila terdapat satu kes di mana seorang lelaki menyerang lima remaja yang dipercayai be­rang dengan bunyi bising ekzos motosikal masing-masing di kawasan Sepang pada Mei 2018.

Bagi mencegah perkara ini daripada berlarutan, JSPT telah merancang satu operasi khas ‘bunyi bising’ yang dijalankan secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar sepanjang masa di seluruh negara.

Selain motosikal, bunyi bising yang keluar daripada ekzos kereta turut menyebabkan jiran bergaduh antara satu sama lain. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Kerap ‘Test Power’ Ekzos, Jiran Tembak Myvi Guna Pistol Angin Buatan Sendiri

Polis Bagi Pemilik Motosikal Dengar Sendiri Bunyi ‘Ekzos Bising’ Sebagai Pengajaran

Sumber