Polis Diraja Malaysia mereka hari ini mengumumkan mereka memantau laman-laman web pronografi dengan menggunakan alat pemantauan Internet. Alat ini dapat mengesan dan mengenal pasti pengguna yang melayari laman lucah di dalam negara dan ia dibawah bidang kuasa unit Penyiasatan Jenayah Internet Malaysia.(MICAC).

Dilancarkan pada bulan Februari, ia merupakan salah satu cara untuk melawan eksploitasi seksual kanak-kanak terutamanya di laman media sosial. Alat ini akan berfungsi selama 24 jam dan ia dapat mengesan lokasi laman akses,masa berapa lama pengguna mengakses laman tersebut.

Selain itu, unit juga bakal menukar maklumat dengan agensi tempatan dan antarabangsa. Nampaknya ini merupakan salah satu inisiatif yang bagus untuk PDRM untuk mencari penjenayah seksual ini.

Sumber