Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini miliki aset teknologi komunikasi terbaharu yang dikenali sebagai Satelit X-Band.
Satelit itu akan menjadi pengganda kuasa dalam meningkatkan keberkesanan pelbagai operasi di lapangan, serta ketika menghadapi situasi tidak dijangka.
Baca Juga:
- MyJPJ & MyBayar PDRM Wajib Log Masuk Guna MyDigital ID Tidak Lama Lagi

- PDRM Dapat Dua ‘Kereta Singa’ Buatan Kedah, Jalani Ujian Penilaian Sebagai Kereta Peronda

- PDRM Siasat Video Sekumpulan Anggota Polis Didakwa Buat Serbuan Tak Ikut SOP

Memetik Berita Harian, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata Projek Pembangunan Satelit X-Band itu dimulakan sejak 1 Januari 2022 dan siap sepenuhnya pada 31 Disember tahun lalu.
“Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman melakar sejarah yang tersendiri apabila berjaya merealisasikan Projek Pembangunan Komunikasi Satelit X-Band yang dimulakan sejak 1 Januari 2022 dan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2024.
“Inisiatif taktikal ini bagi mengekalkan fungsi komunikasi dalam situasi bencana, kawasan pedalaman, sempadan atau ketika rangkaian awam tergendala,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara September 2025 anjuran JLog di Dataran Kompleks 3 Bukit Aman di sini, hari ini.
Satelit tersebut dipasang dalam sebuah bas khas itu dilengkapi dengan sistem kawalan, capaian data serta komunikasi masa nyata sekali gus membolehkan penyelarasan operasi lebih cekap dan efisien.
“Satelit X-Band yang dipasang dalam sebuah bas khas dilengkapi dengan sistem kawalan, capaian data serta komunikasi masa nyata (real time).
“Ia sekali gus membolehkan penyelarasan operasi dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan efisien sebagai ‘force multiplier‘ kepada PDRM bagi meningkatkan keberkesanan tugas di lapangan,” katanya.