Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila Malaysia digemparkan dengan tahanan saspek yang disyaki terlibat dengan kes pengubahan wang haram atau Macau Scam melibatkan dua individu.
Tahanan yang dibuat ini secara tidak langsung turut membuatkan para netizen serta mereka yang terlibat mengorek segala perkongsian yang dibuat dua individu ini di platform media sosial mereka.
Walau bagaimanapun, hasil siasatan terbaru polis telah mengesahkan perkara sebaliknya apabila dua individu iaitu Addy Kanna dan Leong Yeong yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram baru-baru ini tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau Macau Scam.
Dalam pada itu, Difahamkan dua individu ini berperanan sebagai koordinator atau ejen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet dengan menyasarkan kepada rakyat di China melalui penipuan melibatkan Forex serta perjudian.
Sehubungan dengan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklumkan dakwaan pihak tertentu mengaitkan kegiatan penipuan dalam talian di negara ini dengan dua individu terbabit adalah tidak tepat.
Dakwaan yang mengatakan Addy Kanna bakal dibebaskan juga tidak benar sama sekali kerana individu itu sedang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu.
Setakat ini, pihak PDRM masih lagi mengesan Alvin yang melarikan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 Oktober lalu.
Difahamkan Datuk Huzir Mohamed bakal turut mendedahkan butiran kegiatan penipuan oleh dua individu tersebut dalam masa terdekat bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat tempatan.
Kemas kini: Berdasarkan berita terbaru yang dikongsikan Sinar Harian sebentar tadi, pihak polis telah mengesahkan dua individu yang terbabit iaitu Addy Kanna dan Leong Yeong adalah ejen kepada Macau Scam.
Tular pada minggu lalu apabila suspek utama Macau Scam berjaya melarikan diri sekaligus mencetus keraguan pada netizen.
Cetus Keraguan, PPIM Persoalkan Bagaimana Suspek Utama Macau Scam Mampu Melarikan Diri
Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’, Datuk Seri Bertindak Melarikan Diri Kini Diburu Polis
Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’