Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti maklumat mengenai empat kereta model Bugatti Veyron yang dirampas polis Jerman dari kemudahan simpanan persendirian di Munich.

Kedua-dua agensi itu ketika ini sedang bekerjasama rapat termasuk berkongsi maklumat mengenai rampasan kenderaan mewah itu yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Berita Harian.

Baca Juga:

“Apa juga bantuan dikehendaki, PDRM akan sedia membantu,” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pegawai kanan SPRM berkata kepada Berita Harian, pihak agensi akan memberi respons lanjut berhubung kes berkenaan.

Terdahulu, media Jerman melaporkan polis tempatan telah merampas empat model Bugatti Veyron edisi terhad ‘Les Légendes De Bugatti’ yang ditemui dari kemudahan simpanan persendirian di Munich, Jerman — kesemua kereta itu dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Sumber