Bila bercerita mengenai kebersihan makanan, orang kita mungkin antara yang paling sensitif mengenainya. Apa-apa sahaja yang dilihat kurang bersih dalam pengendalian makanan pasti akan menjadi bualan terutamanya di media sosial.
Seperti yang berlaku kepada Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal (WAF) baru-baru ini -yang dirakam mengambil dan memegang pisang goreng di sebuah gerai tanpa menggunakan pengepit.
Mengambil pisang goreng tanpa pengepit adalah okay jika ia diambil dari pinggan atau plastik yang telah disediakan.
Tetapi apa yang dilakukan beliau adalah mengambil makanan itu daripada dulang atau bekas bersama pisang goreng yang baru siap dimasak dan untuk dijual dengan menggunakan tangan.
Tindakannya itu mengambil dan menyentuh makanan yang disediakan untuk dijual itu tanpa pengepit atau apa-apa sahaja peralatan mencetuskan kritikan dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menganggap ia sebagai kurang bersih (dan kurang sopan).
Tuan kedai pun terkejut
Tambah mengejutkan, kejadian tersebut bukan sahaja tular di media sosial dengan pelbagai teguran daripada netizen, tetapi ia turut mengundang reaksi terkejut daripada tuan kedai.
Menerusi satu komen yang dibuat di Facebook- di bawah gambar tersebut, seorang wanita dikenali sebagai Nurul Asyikin Roshidan yang mengaku dirinya pemilik gerai itu juga terkejut dengan tindakan timbalan menteri itu.
“Hai, saya pemilik kedai pisang goreng yang tular ini. Kami pun terkejut juga masa depa (mereka) datang serbu semalam,
“Penuh keliling kedai, tak tahu nak kata apa. Yang lawaknya kami pun tak kenal dia tu siapa,” jelasnya mengenai kedatangan timbalan menteri itu.
Mengulas mengenai tindakan Wan Ahmad Fayhsal yang mengamil pisang goreng itu tanpa pengepit, beliau menjelaskan perkara itu sebagai ‘kurang sopan’.
Ia dijelaskan melalui satu balasan kepada komen yang diberikan netizen mengenai perkara berkenaan dalam hantaran yang sama di Facebook.
“Agak kurang sopan la sebab pengepit kami sediakan,” jelas tuan kedai berkenaan.
Baca juga perkongsian semasa di media sosial yang kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.
Gara-Gara Komen Di LinkedIn Menteri, CEO Syarikat Ini Terus Dikejar ‘Cybertrooper’ Malaysia
Pernah Gayakan Gaun Rizman Ruzaini Sebelum Natasha Hudson, Pavitra Minta Bahunya Ditutup
Selesa Dan Menceriakan, Pemuda Ini Kongsi Pengalaman ‘Berharga’ Sepanjang Kuarantin Di MAEPS