Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin menyatakan bahawa Polis sudah memanggil kesemua pegawai pengiring yang terlibat insiden itu ke Bukit Aman.
Sebelum ini heboh di media sosial apabila seorang pemandu e-hailing yang merupakan seorang OKU membuat dua laporan polis pada hari yang sama.
Laporan pertama dibuat menyatakan dia ditumbuk di kepala ketika diarahkan untuk mengalihkan kenderaannya.
Laporan yang kedua adalah untuk menarik balik laporan pertama dia buat. Di mana pemandu OKU itu menegaskan ada sedikit salah faham dalam kejadian itu. Dia tidak mahu meneruskan aduan tersebut.
BH Online turut menegaskan bahawa kamera papan pemuka kereta dan telefon bimbot pemandu berkenaan turut dirampas polis ketika kejadian.
Ramai netizen mahukan kes tersebut disiasat lagi. Dan pada hari ini, pemangku Sultan Johor, Tungku Ismail Idris (TMJ) mengeluarkan titah bahawa beliau mahukan siasatan menyeluruh kes tersebut dibuat.
TMJ menyatakan beliau sama sekali tidak menyokong sebarang tingkah laku dan tindakan yang melanggar undang undang. Sambil menyatakan adalah tidak adil untuk sesetengah pihak mengaitkan namanya dengan golongan istana turut terpalit kerana kes yang melibatkan pegawai pengiring.
Beberapa jam selepas laporan oleh kenyataan TMJ itu, Tan Sri Razarudin kemudian menyatakan bahawa PDRM sebenarnya sedang melakukan siasatan menyeluruhkes tersebut.
Pegawai pegawai yang terlibat dalam insiden itu sudah dipanggil ke Bukit Aman.
“Langkah ini diambil untuk memastikan siasatan menyeluruh dilakukan dan semua pihak yang terlibat dapat memberikan keterangan mereka,” kata Razarudin.
PDRM turut komited memastikan agar semua pesalah tidak terlepas daripada perbuatan mereka.
Razarudin menambah: “Keutamaan dalam setiap siasatan adalah untuk memastikan bahawa tiada individu yang terlepas daripada tanggungjawab atas perbuatan mereka.
“Tindakan tegas akan diambil ke atas mana mana pegawai yang didapati bersalah.”
Akhir sekali Tan Sri Razarudin memberikan jaminan bahawa Polis sentiasa komited untuk memastikan intergriti terpelihara.
Beliau berkata: “PDRM komited untuk memelihara integriti dan memastikan bahawa tindakan yang sewajarnya diambil untuk mempertahankan keadilan dan melindungi hak hak individu yang terjejas, terutama sekali golongan OKU.”